Perbezaan Antara Korban dan Aqiqah.

0
541

Maksud Korban dan Aqiqah :


Korban:

Korban ialah perbuatan menyembelih binatang pada hari tertentu iaitu pada 10 hingga 13 Zulhijjah. Perbuatan atau ibadah korban ini bertujuan untuk mendekatkan umat Islam kepada Allah. Ibadah ini telah disyariatkan oleh Allah kepada umat Islam pada tahun ke-2 Hijrah sebagai rangkaian perintah menunaikan solat hari raya dan juga zakat.


Aqiqah:

Aqiqah berasal daripada perkataan Arab ‘al-Iqqah’ yang bermaksud rambut yang tumbuh pada manusia atau haiwan yang dilahirkan. Jika dilihat dari sudut syarak, aqiqah bermaksud upacara yang dilakukan sempena kelahiran bayi yang disempurnakan dengan menyembelih binatang ternakan. Pelaksanaan aqiqah ini termasuklah memotong atau mencukur rambut bayi dan memberi nama yang baik.

BACA JUGA :   Perlu atau Tidak Perlu ? Berpantang Selepas Bersalin

Perbezaan antara Korban dan Aqiqah :

1. Daging korban lebih utama disedekahkan kepada fakir miskin dalam keadaan mentah iaitu belum dimasak. Manakala daging aqiqah lebih utama disedekah kepada fakir miskin dan boleh juga kepada orang-orang kaya dalam keadaan sudah dimasak.

2.Daging aqiqah sunat dimasak dengan yang manis-manis, dengan doa harapan agar akhlak dan kelakuan anak itu kelak menjadi manis dipandang orang.

3. Tulang-tulang haiwan aqiqah sunat dipotong pada sendi-sendinya manakala tulang-tulang haiwan korban tidak sedemikian.

4. Tempoh menyembelih ternakan korban hanya 4 hari dalam setahun, iaitu pada 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah sedangkan menyembelih ternakan aqiqah tidak terbatas kepada hari-hari tersebut, bahkan boleh dibuat pada bila-bila hari yang sesuai.

BACA JUGA :   Tips pemakaian bengkung ketika berpantang dan kebaikkannya

5. Tuntutan melakukan ibadah aqiqah hanyalah sekali sahaja sepanjang hayat, manakala tuntutan melakukan ibadah korban ialah setiap tahun hijrah.

Calya juga menyediakan servis pengurusan Aqiqah. Jika anda berminat dengan servis pengurusan Aqiqah anda boleh membuat tempahan slot menerusi Calya Confinement😊

Ketahui Update dan Info Penting di:-

No khidmat pelanggan: 0182080827
No konsultan Dyana: 0182049022

Instagram : https://www.instagram.com/calyaconfinement/
Facebook : https://www.facebook.com/calyaconfinement
Telegram : https://t.me/calyaconfinementofficial
Tiktok : https://www.tiktok.com/@calyaconfinement
Youtube: https://youtube.com/channel/UCF1ELTjeLj32Dr5E3IkzN3A

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here