Sejak mengandung lagi mesti ibu-ibu rasa stress dengan kenaikan berat badan masing-masing. Mesti badan selepas bersalin rasa menggeleber dan tidak seperti sebelum bersalin dulu. Bukan mudah nak turunkan berat badan selepas bersalin dan kembali ke bentuk asal.
Tetapi percayalah dengan usaha dan strategi yang betul, ibu-ibu pasti boleh melakukannya! Jadi Calya nak kongsikan beberapa tips di bawah untuk membantu ibu-ibu kembali kurus semula.
Tips yang pertama adalah, dengan mengamalkan pemakanan yang sihat sejak mengandung lagi. Tabiat pemakanan haruslah dikawal ini kerana, peningkatan berat badan mendadak semasa hamil adalah tidak sihat dan boleh mengundang risiko terhadap kehamilan. Jadi selepas bersalin juga, rutin pemakanan yang sihat semasa berpantang sangat membantu untuk mencepatkan pemulihan luka bersalin, memberi tenaga dan membantu menurunkan berat badan.
Tips yang kedua adalah, penyusuan badan. Ini kerana, kajian menunjukkan bahawa menyusu badan akan dapat meningkatkan tahap metabolisme ibu. Hasilnya, lemak-lemak degil di bahagian pinggul, peha dan perut mudah disingkirkan.
Tips yang ketiga adalah, memakai bengkung. Semenjak zaman dahulu lagi, wanita- wanita melayu rajin mengamalkan pemakaian bengkung untuk menjaga bentuk badan. Pemakaian bengkung dapat membuatkan badan secara automatik rasa cepat kenyang. Ia juga berfungsi untuk membakar lemak dan membuang lebihan angin dalam badan.
Tips yang keempat adalah, dengan bertungku. Bertungku mempunyai khasiat untuk ibu selepas bersalin. Haba daripada herba berkhasiat dapat membantu mengeluarkan peluh dan toksin berlebihan dalam badan. Ia sekaligus dapat membuatkan badan terasa lebih segar dan ringan.
Tips yang kelima adalah, memperbanyakkan minum air masak kerana ia membantu menurunkan berat badan selepas bersalin. Menyusu memang menyebabkan kita rasa cepat haus kerana cecair dalam badan yang keluar. Jadi, ibu lepas bersalin digalakkan untuk banyakkan minum air bukan sahaja untuk tujuan menyusu malah ia merupakan cara mudah dan berkesan untuk menyingkirkan toksin dalam badan untuk membantu mengempiskan perut.
Insyaallah, apabila mommies ikuti tips ni mommies boleh dapatkan semula badan sebelum mengandung yang mommies inginkan. Semoga bermanfaat perkongsian yang diberi.
Di Calya kami juga ada menyediakan urutan khas dan rawatan khusus untuk ibu semasa mengandung dan berpantang. Sekiranya, mommies inginkan rawatan berkualiti dengan bidan Calya yang berpengalaman lebih 10 tahun serta terlatih dan bertauliah ni, mommies boleh terus hubungi nombor yang tertera di bawah :
No Customer Service : 018-2080827
No Konsultan Cik Irfa : 012-6692067
Boleh layari laman sesawang kami untuk mendapatkan lebih lanjut info-info serta tips-tips menarik:
Facebook : https://www.facebook.com/calyaconfinement/
Telegram : https://t.me/calyaconfinementofficial
Instagram : https://www.instagram.com/calyaconfinement/
Youtube : https://youtube.com/channel/UCF1ELTjeLj32Dr5E3IkzN3A