4 Makanan Yang Merangsangkan Susu Ibu Menjadi Pekat

0
508

Susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi. Kolostrum yang dihasilkan oleh payudara ibu dalam beberapa hari pertama akan memberikan antibodi yang baik untuk bayi melawan jangkitan.Proses penyusuan adalah satu kepuasan bagi si ibu. Namun, sesetengah ibu menyusu akan menghadapi masalah kekurangan susu dan susu tidak pekat. Ini biasanya berlaku kepada ibu yang bekerja. Pelbagai punca dikhuatiri menjejaskan penghasilan susu. Apabila puncanya dapat dikenal pasti, cara mengatasinya akan menjadi lebih mudah.

Malah, selain mengambil ubat hormon dan mengurut, ibu juga amat disarankan untuk mengambil makanan yang kaya dengan khasiat. Ini terutamanya makanan yang mengandungi faedah yang boleh membantu meningkatkan susu ibu. Ini terutamanya makanan yang kaya dengan protein, zat besi dan kalsium.

4 Makanan untuk Menambahkan Susu Ibu

Antara 4 makanan yang disyorkan untuk ibu-ibu ambil bagi membantu mengatasi masalah kekurangan susu badan adalah seperti:-

1. Lobak Putih dan Lobak Merah.


Lobak merah dan lobak putih mengandungi banyak nutrisi penting yang baik bagi ibu hamil. Di dalam lobak terdapat sejumlah vitamin dan mineral penting, mulai dari kalium, folat, kalsium, zat besi, vitamin C, vitamin A, vitamin B, seng, dan mangan. Seperti diketahui, folat sangat penting untuk perkembangan janin, sementara vitamin C dan zat besi penting dalam pengembangan sistem peredaran darah. Kalsium pun sangat penting untuk perkembangan gigi, tulang dan otot.

2. Buah Kurma.


Kandungan zat besi, kalsium dan nutrien triptofan yang terdapat dalam kurma menggalakkan penghasilan susu badan yang berkualiti. Nutrien triptofan adalah penting dalam badan untuk membina protein. Kurma mempunyai hormon serotonin yang boleh membantu merangsang hormon dalam badan dan mengurangkan pendarahan selepas bersalin. Selain itu, pengambilan kurma juga dapat membantu ibu menyusu memulihkan tenaga selepas bersalin, mengurangkan keletihan, dan melancarkan penghadaman.

3. Sawi.

Sayur sawi sangat baik untuk kesihatan keseluruhan terutama bagi ibu menyusu. Ini kerana sawi diperkaya dengan vitamin A, C dan zat besi. Ia juga membantu ibu mendapatkan semula bentuk badan ideal selepas bersalin kerana kandungan kalori yang rendah. Selain itu, sawi juga merupakan alternatif terbaik untuk menggantikan produk tenusu kerana kandungan kalsium yang tinggi.

4. Horlick.


Air horlicks bukan sahaja sedap, mengenyangkan dan memberi tenaga, malah ia juga merupakan makanan dengan susu. Apabila lapar, bancuh secawan horlick panas untuk mengisi perut. Atau anda juga boleh minum secawan horlicks panas semasa mengepam susu atau menyusu.

Calya juga menyediakan pakej berpantang untuk ibu-ibu. Jika anda berminat dengan pakej berpantang anda boleh membuat tempahan slot menerusi Calya Confinement๐Ÿ˜Š

Ketahui Update dan Info Penting di:-

No khidmat pelanggan: 0182080827
No Konsultan Dyana: 0182049022

Instagram : https://www.instagram.com/calyaconfinement/
Facebook : https://www.facebook.com/calyaconfinement
Telegram : https://t.me/calyaconfinementofficial
Tiktok : https://www.tiktok.com/@calyaconfinement
Youtube: https://youtube.com/channel/UCF1ELTjeLj32Dr5E3IkzN3A

 

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here