Kebaikan Bersenam Semasa Mengandung.

0
436

Antara nasihat orang dulu-dulu jangan melakukan aktiviti lasak dan jangan terlalu aktif.

Tetapi bagaimana dengan aktiviti fizikal, seperti senaman, adakah ia bagus untuk diamalkan?

Bersenam memang bagus untuk ibu mengandung. Ia adalah alternatif untuk menjaga kandungan terutama pada peringkat awal kehamilan. Senaman ini dikatakan sebagai satu tindakan yang dapat membantu ibu mengandung untuk lebih tenang menghadapi kontraksi awal dan memudahkan proses bersalin.

Lebih menarik, bakal ibu yang mengamalkan senaman juga boleh dikatakan mampu mengekalkan tahap kesihatan sepanjang kehamilan terutama dalam mengatasi simptom seperti sembelit, sakit pinggang dan keletihan, gejala biasa yang sering dialami oleh ibu mengandung.

Senaman semasa mengandung terdapat beberapa kebaikan diantaranya adalah :

1. Meningkatkan tahap kesihatan wanita dan bayi.

2. Mengurangkan pertambahan berat badan yang berlebihan.

3. Mencegah terjadinya tekanan darah tinggi dan kencing manis semasa mengandung.

4. Meningkatkan tahap keyakinan diri dan menurunkan kadar kemurungan.

5. Mengurangkan risiko bersalin melebihi tempoh jangkaan iaitu lebih daripada 40 minggu.

6. Mengurangkan berisiko bersalin secara pembedahan berbanding wanita yang tidak
bersenam.

Umumnya masyarakat kita menganggap wanita hamil memerlukan rehat yang banyak dan patut mengurangkan segala aktiviti hariannya. Namun kebelakangan ini sudah ramai wanita hamil yang menyedari bahawa tidak semua aktiviti fizikal itu memberi mudarat dan merbahaya kepada mereka ataupun kandungan mereka. Sebaliknya aktiviti seperti senaman dan riadah yang lain mampu mendatangkan kebaikan untuk diri dan kandungannya.

Besenam boleh, tetapi lebih berwaspada!

Senaman ibu mengandung adalah digalakkan tetapi perlu dilakukan secara sederhana dan tidak terlalu banyak. Sebaik-baiknya, sebelum melakukan sebarang aktiviti senaman, anda boleh mendapatkan nasihat dan pendapat daripada pakar perubatan.

Calya juga menyediakan pakej berpantang untuk ibu-ibu selepas bersalin. Jika anda berminat dengan pakej berpantang anda boleh membuat tempahan slot menerusi Calya Confinement.😊

Ketahui Update dan Info Penting di :

No khidmat pelanggan: 0182080827
No konsultan Dyana: 0182049022

Instagram : https://www.instagram.com/calyaconfinement/
Facebook : https://www.facebook.com/calyaconfinement
Telegram : https://t.me/calyaconfinementofficial
Tiktok : https://www.tiktok.com/@calyaconfinement
Youtube: https://youtube.com/channel/UCF1ELTjeLj32Dr5E3IkzN3A

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here