Kebaikan Penyusuan Ibu Kepada Bayi

0
234

Untuk mendapatkan segala kebaikan penyusuan, anda digalakkan untuk menyusu sepenuhnya sehingga bayi berumur 6 bulan dan diteruskan sehingga bayi berumur 2 tahun. Penyusuan susu ibu secara eksklusif bermaksud bayi tidak diberi sebarang makanan atau suplemen selain susu ibu.

Kita sering mendengar orang mengatakan bahawa penyusuan susu ibu mempunyai banyak manfaat untuk bayi. Manfaatnya sebenarnya lebih dari sekadar untuk kesihatan anak anda. Ibu juga boleh mendapat manfaat daripada penyusuan susu ibu.

5 Kebaikan Penyusuan Ibu Kepada Bayi:

1. Bekal khasiat untuk bayi.

la tinggi protein, rendah gula dan mengandungi sebatian yang bermanfaat. Dalam bahasa ringkas, kolostrum adalah makanan luar biasa yang tidak dapat diganti dengan susu formula.

2. Mengandungi antibodi penting.

Susu ibu kaya dengan antibodi yang membantu bayi melawan virus dan bakteria. Ia amat penting untuk bulan-bulan pertama selepas dilahirkan.

3. Mengurangkan risiko berpenyakit.

Ia dapat mengurangkan risiko bayi untuk jangkitan dan penyakit seperti Jangkitan telinga tengah, Jangkitan saluran penafasan, Selesema, Jangkitan usus, Kerosakan tisu usus, Sindrom kematian bayi mendadak (SIDS), Penyakit alahan, Penyakit Usus, Diabetes, Leukemia kanak-kanak.

4. Berat badan bayi yang sihat.

Bayi yang diberi susu badan dikatakan lebih cenderung mempunyai berat seimbang, sekali gus mencegak masalah obesiti kanak-kanak.

5. Menjadikan anak lebih bijak.

Dalam beberapa kajian menunjukkan perbezaan perkembangan otak antara bayi menyusu badan dan yang diberikan susu formula. Bayi diberikan susu ibu mempunyai skor kecerdasan lebih tinggi dam kurang berkecenderungan untuk mengalami masalah tingkah laku atau pembelajaran pada masa hadapan.

Calya juga menyediakan pakej berpantang untuk ibu-ibu selepas bersalin. Jika anda berminat dengan pakej berpantang anda boleh membuat tempahan slot menerusi Calya Confinement.😊

Ketahui Update dan Info Penting di :

No khidmat pelanggan: 0182080827
No Konsultan Dyana: 0182049022

Instagram : https://www.instagram.com/calyaconfinement/
Facebook : https://www.facebook.com/calyaconfinement
Telegram : https://t.me/calyaconfinementofficial
Tiktok : https://www.tiktok.com/@calyaconfinement
Youtube: https://youtube.com/channel/UCF1ELTjeLj32Dr5E3IkzN3A

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here