Jika ibu mengandung memikirkan nutrisi tambahan untuk kehamilan, buah delima adalah jawapannya. Bukan sahaja kerana rasa dan bentuknya yang menarik, malah buah ini sangat berkhasiat dan bermanfaat. Sehinggakan buah ini hampir ‘wajib’ diambil oleh ibu hamil sebagai diet tambahan.

Delima juga dikenali sebagai ‘rumman’ dalam bahasa Arab. Pokoknya ialah sejenis pokok renek dengan ketinggian tiga hingga enam meter, buahnya bulat dan hijau ketika muda dan bertukar menjadi kuning, merah dan hijau apabila matang atau masak. Bijinya berwarna merah atau merah jambu lutsinar dengan rasa manis dan masam. Sangat mudah memikat wanita hamil.


Jadi, kenapa buah delima sangat digalakkan untuk ibu mengandung? Inilah antara khasiat buah delima untuk ibu mengandung:

1. Tinggi kandungan zat besi.

Kandungan vitamin C yang tinggi dalam buah delima amat ideal bagi ibu hamil kerana vitamin C memulihkan tisu-tisu badan, mencegah risiko kanser dan mengawal kolesterol. Apabila tisu badan pulih, badan akan berfungsi dengan lebih baik dalam menyerap zat besi dan nutrisi lain.

2. Kaya dengan serat.

Seperti kita sedia maklum, ibu hamil selalu mengalami masalah sukar membuang
air besar. Menurut kajian, pengambilan setengah cawan isi buah delima dapat memenuhi hampir 1/3 daripada pengambilan serat harian.

3. Mengelakkan kekejangan dan lenguh badan.

Inilah masalah yang kerap dialami ibu hamil; kekejangan otot dan badan mudah lenguh. Amalkan delima dalam diet seharian, kerana kandungan kalium dalam buah ini penting untuk kesihatan saraf dan otot.

4. Menguatkan tulang.

Makan buah delima dapat meningkatkan kandungan kalsium tulang pada wanita hamil. Konsumsi buah secara teratur dapat mencegah keropos tulang dan juga meningkatkan pembentukan tulang

5. Padat dengan asid folat.

Amalan meminum secawan jus delima segar meliputi satu perempat daripada jumlah asid folik yang diperlukan semasa kehamilan. Asid folik penting dalam perkembangan minda dan badan bayi yang sihat.

Calya juga menyediakan pakej berpantang untuk ibu-ibu selepas bersalin. Jika anda berminat dengan pakej berpantang anda boleh membuat tempahan slot menerusi Calya Confinement.😊

Ketahui Update dan Info Penting di :

No khidmat pelanggan: 0182080827
No Konsultan Dyana: 0182049022

Instagram : https://www.instagram.com/calyaconfinement/
Facebook : https://www.facebook.com/calyaconfinement
Telegram : https://t.me/calyaconfinementofficial
Tiktok : https://www.tiktok.com/@calyaconfinement
Youtube: https://youtube.com/channel/UCF1ELTjeLj32Dr5E3IkzN3A

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here