Khasiat Sayur Sawi Untuk Ibu Mengandung

0
1002

Salah satu khasiat sayur sawi untuk ibu hamil adalah sebagai sumber nutrisi. Wanita hamil sebenarnya wajib memenuhi kepelbagaian nutrisi yang diperlukan oleh tubuhnya dan janin dalam kandungannya. Sawi hijau mempunyai pengaruh positif terhadap kesihatan ibu dan perkembangan bayi dalam kandungannya.

Adapun beberapa pengambilan nutrisi wajib yang wajib dipenuhi oleh ibu hamil adalah karbohidrat kompleks, vitamin A, C, K, tembaga, serat, dan lain-lain lagi. Berita baiknya, semua khasiat seperti yang dinyatakan boleh didapati dalam satu jenis sayuran hijau yang murah dan mudah didapati di pasaran iaitu sayur sawi. Jadi, apakah faedah kesihatan pengambilan sayur sawi secara rutin?

Khasiat Sayur Sawi Untuk Ibu Mengandung:

1. Membantu proses pembekuan darah.

Vitamin K adalah salah satu vitamin yang disyorkan untuk ibu hamil. Kerana kandungan vitamin K sangat diperlukan oleh janin yang dikandung untuk memudahkan proses pembekuan darah mereka semasa proses bersalin nanti.

2. Menjaga kadar gula selama mengandung.

Keadaan yang terdedah kepada wanita hamil adalah diabetes. Untuk itu, perhatian tambahan amat diperlukan dalam memilih jenis pengambilan nutrisi bagi mengelakkan berlakunya diabetes pada ibu atau janin. Salah satu cara untuk mencegahnya ialah dengan memakan sayur sawi. Sawi hijau itu sendiri mengandungi antioksidan yang dikenali sebagai asid alfa-lipoik.

3. Meningkatkan imun tubuh.

Dalam keadaan pandemik yang masih belum berakhir, ibu-ibu yang mengandung anak sudah tentu perlu membekalkan badan dengan pengambilan yang baik untuk imuniti yang lebih kuat. Salah satu caranya ialah dengan memakan sayur sawi.

4. Meningkatkan kualitas tidur.

Memasuki trimester kedua dan ketiga kehamilan, kebanyakan ibu hamil mengalami gangguan tidur akibat postur badan yang berubah setiap hari. Keadaan ini berlaku kerana sendi meregang dan susah untuk bergerak. Untuk mengatasinya, Ibu hamil perlu mempunyai kandungan kolin yang mencukupi setiap hari. Ibu hamil boleh memanfaatkan sayur sawi yang mengandungi kolin untuk mengatasi masalah tersebut.

5. ย Menghindari Sembelit.

Sawi hijau bermanfaat untuk mencegah sembelit bagi ibu hamil. Pasalnya, sawi hijau mengandung serat tinggi. Kandungan serat yang tinggi tersebut juga membuat rasa kenyang lebih lama.

Calya juga menyediakan pakej berpantang untuk ibu-ibu selepas bersalin. Jika anda berminat dengan pakej berpantang anda boleh membuat tempahan slot menerusi Calya Confinement.๐Ÿ˜Š

Ketahui Update dan Info Penting di :

No khidmat pelanggan: 0182080827
No Konsultan Dyana: 0182049022

Instagram : https://www.instagram.com/calyaconfinement/
Facebook : https://www.facebook.com/calyaconfinement
Telegram : https://t.me/calyaconfinementofficial
Tiktok : https://www.tiktok.com/@calyaconfinement
Youtube: https://youtube.com/channel/UCF1ELTjeLj32Dr5E3IkzN3A

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here