Bedung bayi ialah teknik membalut badan bayi terutamanya bayi yang baru lahir menggunakan selimut atau kain bedung (lampin). Dikatakan teknik ini boleh membuatkan bayi berasa selesa, hangat, dan dilindungi sama seperti ketika berada dalam kandungan ibu atau dipeluk erat. Oleh itu, Si Kecil menjadi lebih tenang dan tidur lena.
Membedung bayi merupakan salah satu amalan yang dilakukan ke atas bayi yang baru lahir. Ramai ibu bapa membedung bayi dengan alasan menghalang kaki si kecil daripada bengkok. Ini adalah pemikiran yang harus diubah. Kaki lurus atau bengkok tidak ditentukan oleh bedung bayi. Tidak dapat dinafikan bahawa bedung bayi memang mempunyai manfaat yang baik.
Selain itu , pernahkah anda melihat bayi yang sedang tidur tiba-tiba kelihatan terkejut, mengeluarkan tangannya, kemudian menangis? Jika pernah, keadaan ini dipanggil refleks moro, iaitu refleks semula jadi yang ada pada bayi pada bulan-bulan awal kelahirannya. Biasanya, refleks ini timbul kerana kehadiran bunyi, sentuhan, atau perubahan mendadak dalam cahaya. Refleks ini kadangkala membuatkan bayi tersentak dan bangun. Ini dia manfaat membedung bayi.
MANFAAT MEMBEDUNG BAYI:
1. Rasa selamat kepada bayi.
2. Bedung bayi dapat elak masalah terkejut.
3. Dapat berikan kehangatan kepada bayi.
4. Menjadikan bayi lebih tenang & kurang refleks moro.
5. Bayi akan tidur lebih lena.
Calya juga menyediakan pakej berpantang untuk ibu-ibu selepas bersalin. Jika anda berminat dengan pakej berpantang anda boleh membuat tempahan slot menerusi Calya Confinement.?
Ketahui Update dan Info Penting di :
No khidmat pelanggan: 0182080827
No Konsultan Dyana: 0182049022
Instagram : https://www.instagram.com/calyaconfinement/
Facebook : https://www.facebook.com/calyaconfinement
Telegram : https://t.me/calyaconfinementofficial
Tiktok : https://www.tiktok.com/@calyaconfinement
Youtube: https://youtube.com/channel/UCF1ELTjeLj32Dr5E3IkzN3A