Sekarang ni bila cakap tentang nak berjimat pasti ramai pelajar yang boleh relate kan? semestinya, kerana ekonomi negara sekarang semakin tinggi dan canggih jadi pelbagai barang yang semakin mahal dan menarik, lagi-lagi pula dengan kos sara hidup harian pelajar sekarang semakin tinggi dan sekarang ini juga ramai pelajar yang ada masalah kewangan dan memerlukan pendapatan sampingan untuk menampung kos sara hidup harian mereka.
jangan bimbang, kita boleh usaha mendapatkan wang dengan bekerja dan berjimat cermat untuk kehidupan harian sekarang, Meh sini Admin kongsikan kepada anda 5 tips yang berguna dan boleh anda cuba untuk berjimat cermat untuk perbelanjaan harian anda.
- BELAJAR UNTUK MENABUNG
tahukah anda? amalam menabung ini adalah satu amalan yang perlu dititikberatkan didalam diri kita supaya dapat memberi kesan yang terbaik pada hari yang akan datang. Pernah tak anda dengar perkataan ‘sikit-sikit lama-lama jadi bukit’, Ha ini adalah satu perumpamaan yang sesuai untuk orang yang menabung. selain itu, menabung ini juga dapat memberi kita kebaikan dan faedah kepada diri sendiri seperti dapat menyimpan untuk masa hadapan, pengunaan untuk masa kecemasan dan lain-lain lagi.
2. DUIT MAKAN HARIAN
kalau bahaskan tentang duit makan ni memang tidak cukup bagi pelajar di universiti kerana makanan mahal, bahan basah dan kering juga harga tinggi dan sebagainya kan? tapi berdasarkan tempat dan kawasan yang anda tinggal. kalau di kawasan kampung mungkin perbelanjaan harian agak murah, tapi jika di kawasan bandar mungkin perbelanjaan akan jadi lebih tinggi. Oleh itu, cara yang mudah saya kongsikan untuk pelajar-pelajar berjimat ketika di universiti adalah berkongsi dengan rakan sebilik atau serumah untuk beli bahan basah dan kering untuk dimasak, di sini akan menjimatkan wang perbelanjaan harian anda. Beli bahan yang boleh disimpan dan dimasak untuk setiap hari bagi 1 minggu.
3. BUAT PERBANDINGAN HARGA SEMASA MEMBELI-BELAH
Pasti ramai pelajar-pelajar yang suka membeli-belah dipasaraya mewah kan? bak kata orang “self-reward”. Boleh untuk berbelanja mewah sebulan sekali cuma kalau nak lebih berjimat, tips adalah anda perlu membandingkan harga barang dengan tawaran harga yang terbaik seperti diskaun dan sebagainya.
jika anda cuba untuk membandingkan harga sesuatu barang dengan suatu barang yang lain ia mengajar kita untuk menjadi lebih berhati-hati semasa membeli barang. Di situ, anda boleh berjimat untuk perbelanjaan harian anda.
4. BELAJAR UNTUK HIDUP RINGKAS
Hidup ringkas? apa tu? Ha! hidup ringkas itu adalah hidup yang sederhana dari segi pemakanan, keperluan, kehendak dan lain-lain.
untuk zaman pelajar universiti mesti ada pelajar yang mempunyai masalah kewangan dan ingin berjimat-jimat kan? tapi nak makan makanan mewah sekali, boleh cuma perlu ada had seperti sebulan sekali atau kalau ada duit lebih. makanan yang paling digemar pelajar-pelajar zaman dulu sehingga kini adalah Maggie segera, berkuah atau lain-lain untuk berjimat – cermat dan makanan itu dapat menampung makanan seharian kita. nostalgia betul.
Anda jangan bimbang, jika anda sering amalkan sikap menabung ini, anda akan berjaya juga seperti pepatah ” susah-susah dahulu, senang-senang kemudian” . jangan terlalu ikut kawan yang sering berbelanja.
admin harap, tips yang dikongsikan ini dapat memberi manfaat kepada pelajar-pelajar diluar sana untuk berjimat cermat dan menabung untuk jamin masa depan yang akan datang.
ANDA BERMINAT UNTUK BELAJAR KE LUAR NEGARA ? TAPI TIDAK TAHU PROSES DAN SEBAGAINYA? JANGAN BIMBANG DAULAH EDUCONSULT SEDIA MEMBANTU ANDA!
hubungi nombor yang tertera dibawah untuk dapatkan konsultasi lanjut bersama konsultan Daulah educonsult sekarang!