Senarai item keperluan untuk dibawa ke luar negara

0
1689

Sekarang adalah musim bagi pelajar-pelajar yang telah mendapat tempat di universiti terutamanya di luar negara. Visa, penginapan, tiket penerbangan semuanya sudah selesai. Biasanya pelajar paling kurang yakin mengenai barang apa yang perlu dibawa nanti. Disini admin senaraikan barang keperluan yang boleh dibawa oleh pelajar.

  1. Universal Adapter Kebanyakan plug hostel atau penginapan negara luar berbeza dari negara kita. Penyesuai ini atau dipanggil adapter ini mempunyai pengisian yang mungkin mengisi keperluan untuk dibawa ke luar negara. Barang ini sangat penting ya!

2. Pakaian yang bersesuaian mengikut lokasi Sebelum anda pergi ke negara luar, lakukan sedikit penyelidikan tentang negara yang anda akan pergi. Kalau negara tersebut merupakan negara dingin, anda boleh bawa beberapa pakaian yang bersesuaian dengan cuaca disana. Sedikit tips, pakaian sejuk (tebal) dicadangkan supaya beli disana. Tidak digalakkan untuk beli dari sini, takut kualiti pakaian tidak sesuai dengan cuaca disana dan akan memberatkan beg sahaja.

BACA JUGA :   Budaya Menarik yang Ada di Makassar

3. Toiletries Anda boleh sahaja beli disana, tapi jika anda jenis yang setia pada satu jenama sahaja, boleh sediakan stok untuk dibawa.

4. Ubat-ubatan

Simpan stok ubat demam, anti cirit-birit, ubat batuk dan ubat anti loya sekiranya berlaku kecemasan. Kemungkinan anda tidak akan mendapat akses kepada ubat-ubatan yang anda biasa guna di negara tertentu. Pastikan anda meminta doktor anda untuk bekalan 6 bulan sebarang ubat preskripsi jika mempunyai penyakit kronik. 

5. Kasut berjalan

Anda mungkin banyak berjalan apabila di negara asing. Jadi sila bawa kasut yang selesa dan bersesuaian.

6. Dokumen penting

Jangan lupa passport, visa, tiket penerbangan, insurans (jika perlu), kad bank (yang sudah diaktifkan pengeluaran luar negara), dokumen untuk pendaftaran universiti, sedikit tunai dan sebagainya. Pastikan dokumen penting disimpan dengan baik.

7. Makanan dalam tin/pes

Anda boleh bawa makanan jenis kering ini dan dibungkus dalam kotak atau beg dengan betul supaya tidak mudah pecah. Biasanya pelajar yang belajar di luar negara mereka akan bawa dua beg bagasi/kotak. Satu untuk makanan dan satu untuk pakaian dan barangan lain.

BACA JUGA :   Menu Indonesia di Rusia

Semoga perkongsian ini dapat membantu anda untuk melakukan persiapan ke negara asing. Lebih-lebih lagi yang akan sambung pengajian di negara yang mempunyai musim sejuk, perlu buat persediaan lebih kerana kita dari negara yang tiada musim sejuk jadi kena kuatkan mental dan fizikal jika tidak tahan sejuk.

Berminat untuk sambung belajar di luar negara? Admin cadangkan anda untuk hubungi konsultan Daulah Educonsult. Mereka berpengalaman dalam membantu dan menguruskan pendaftaran pelajar ke universiti luar negara.

Sesi konsultasi adalah percuma. Anda boleh hubungi pihak Daulah Educonsult menerusi

Nombor pejabat: 03-92851322

Nombor khidmat pelanggan: 018-9624322  https://bit.ly/konsultandaulah-tf

Nombor khidmat pelanggan: 011-70187322 https://jom.chat/csdaulahmedic

Nombor konsultan utama: 013-2090322

Nombor konsultan: 01114307825 (Cik Farhana) https://bit.ly/konsultanfarhana

 

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here