Selain hipertensi semasa hamil, wanita hamil juga terdedah kepada risiko menghidap diabetes semasa hamil. Penyakit ini bukanlah sesuatu yang boleh dipandang ringan kerana ia boleh mendatangkan komplikasi kepada kedua-dua ibu dan anak dalam kandungan.
Ia penting untuk ibu hamil mengetahui tentang penyakit ini supaya anda boleh membuat persediaan untuk kehamilan dengan teliti. Ikuti artikel ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang tanda-tanda diabetes semasa hamil dan aspek lain diabetes semasa hamil.
Diabetes mempunyai dua jenis iaitu jenis satu, patofisiologinya membabitkan ketidakupayaan organ pankreas untuk menghasilkan hormon insulin. Gangguan ini dipengaruhi oleh keadaan autoimun yang menyerang organ pankreas. Pesakit diabetes jenis satu selalunya adalah golongan kanak-kanak.
Diabetes jenis dua pula adalah disebabkan oleh kerintangan insulin dan juga kekurangan relatif dalam penghasilan hormon insulin. Kebanyakan diabetes adalah daripada jenis ini. Keterjadian penyakit ini disebabkan oleh faktor gaya hidup dan juga kecenderungan genetik. Lazimnya, penghidap diabetes jenis dua adalah golongan dewasa.
Kebanyakan wanita tidak akan menunjukkan sebarang tanda diabetes semasa mengandung walaupun ujian darah mengesahkan diagnosis mereka. Namun, antara tanda-tanda diabetes semasa mengandung yang boleh berlaku termasuklah:
1. Kerap haus.
2. Mulut kerap kering.
3. Kerap membuang air kecil (khususnya pada waktu malam).
4. Rasa letih dan lesu.
5. Berat badan naik mendadak sewaktu mengandung.
6. Pemeriksaan ultrasound menunjukkan berat janin meningkat secara mendadak.
Calya juga menyediakan pakej berpantang untuk ibu-ibu selepas bersalin. Jika anda berminat dengan pakej berpantang anda boleh membuat tempahan slot menerusi Calya Confinement.?
Ketahui Update dan Info Penting di :
No khidmat pelanggan: 0182080827
No Konsultan Dyana: 0182049022
Instagram : https://www.instagram.com/calyaconfinement/
Facebook : https://www.facebook.com/calyaconfinement
Telegram : https://t.me/calyaconfinementofficial
Tiktok : https://www.tiktok.com/@calyaconfinement
Youtube: https://youtube.com/channel/UCF1ELTjeLj32Dr5E3IkzN3A