Badan kita bukan seperti bahagian kereta yang boleh ditukar ganti, ia akan kembali kepada bentuk asal tetapi memerlukan masa. Rahim mengambil masa enam hingga lapan minggu untuk mengecut kembali kepada bentuk asal. Malah, badan memerlukan sekurang-kurangnya sebulan untuk mengeluarkan air yang berlebihan. Namun, proses ini tidak menjanjikan bentuk asal, tetapi anda perlu tahu sebagai motivasi untuk anda mendapatkan bentuk badan asal anda.
Semasa mengandung, mungkin ada ibu yang berasa tertekan dengan kenaikan berat badan. Apabila anda bersalin, badan anda menggeleber dan tidak seperti semasa anda masih dara. Hakikatnya, bukan senang nak kurus selepas bersalin dan kembali bugar. Apapun, dengan usaha dan strategi yang betul, anda pasti boleh melakukannya. Mari lihat beberapa petua di bawah untuk membantu anda berjaya dalam misi ini.
5 Tips Mengembalikan Bentuk Badan Selepas Bersalin:
1.Perhatikan pengambilan makanan harian: Cara ini dapat berhasil termasuk diet setelah (pasca) melahirkan untuk membantu melangsingkan badan yang mungkin melebar dibandingkan sebelum kehamilan.
2. Makan banyak makanan “superfood”: Pilih makanan yang tinggi protein seperti daging, ayam, dan kacang-kacangan. Anda juga perlu kalsium yang boleh didapati dari susu, yogurt, dan keju.
3. Menyusu bayi: Menyusu memang sudah terkenal untuk kesihatan, namun menyusu juga baik untuk mengecilkan lingkar pinggang. Banyak wanita yang mengatakan bahwa menyusu dapat membantu mereka mengembalikan berat badan mereka seperti sedia kala.
4. Minum air putih: Ibu-ibu harus banyakkan minum air putih. Jika tubuh anda dehidrasi, tubuh akan lebih lambat dalam membakar kalori. Setidaknya minum segelas air tiap kali anda menyusu.
5. Bersukan: Menurut Mayo Clinic, anda boleh mulakan olahraga ringan sekitar 4-6 minggu setelah melahirkan.
Calya juga menyediakan pakej berpantang untuk ibu-ibu selepas bersalin. Jika anda berminat dengan pakej berpantang anda boleh membuat tempahan slot menerusi Calya Confinement.?
Ketahui Update dan Info Penting di :
No khidmat pelanggan: 0182080827
No konsultan Dyana: 0182049022
Instagram : https://www.instagram.com/calyaconfinement/
Facebook : https://www.facebook.com/calyaconfinement
Telegram : https://t.me/calyaconfinementofficial
Tiktok : https://www.tiktok.com/@calyaconfinement
Youtube: https://youtube.com/channel/UCF1ELTjeLj32Dr5E3IkzN3A