Setiap ibadah yang disyariatkan oleh Allah SWT, tentu memiliki manfaat dan hikmah yang besar bagi umat manusia. Bahkan, dalam penciptaan langit dan bumi, bahkan makhluk yang paling kecil pun, terdapat hikmah yang besar di dalamnya. Dan tidak ada yang sia-sia diciptakan oleh Allah. Allah juga tidak merasa malu, karena menciptakan makhluk yang kecil, kendati dalam pandangan manusia merugikan.

Aqiqah ialah penyembelihan binatang ternakan yang dilakukan kepada anak yang baru lahir sebagai tanda syukur kepada Allah. Perkataan aqiqah daripada perkataan al-Iqqah bermaksud rambut makhluk yang baru dilahirkan sama ada manusia atau haiwan. Aqiqah afdhal dilakukan dalam tempoh seminggu selepas kelahiran. Hukum aqiqah menurut pendapat yang paling kuat ialah sunat muakkad.


TUJUAN MELAKUKAN AQIQAH:

1. Menghidupkan sunah Nabi Muhammad SAW dalam meneladani Nabi Ibrahim AS, tatkala Allah SWT menebus putra Ibrahim yang tercinta Ismail AS.

2. Aqiqah mengandungi unsur perlindungan dari syaitan yang dapat mengganggu anak yang terlahir.

3. Aqiqah merupakan tebusan bagi anak untuk memberikan syafaat bagi kedua orang tuanya kelak pada hari akhir.

4.Merupakan bentuk pendekatan diri kepada Allah SWT sekaligus sebagai wujud rasa syukur atas kurnia yang dianugerahkan Allah SWT dengan lahirnya sang anak.

5. Aqiqah sebagai sarana menampakkan rasa gembira dalam melaksanakan syariat Islam dan bertambahnya keturunan mukmin yang akan memperbanyak umat Rasulullah SAW pada hari kiamat.

6. Aqiqah dapat memperkuat ukhuwah (persaudaraan) di antara masyarakat.

7. Merupakan sarana untuk merealisasikan prinsip-prinsip keadilan sosial dan menghapuskan gejala kemiskinan di dalam masyarakat.

Calya juga menyediakan pengurusan Aqiqah untuk ibu ayah. Jika anda berminat dengan pakej berpantang anda boleh membuat tempahan slot menerusi Calya Confinement.😊

Ketahui Update dan Info Penting di :

No khidmat pelanggan: 0182080827
No Konsultan Dyana: 0182049022

Instagram : https://www.instagram.com/calyaconfinement/
Facebook : https://www.facebook.com/calyaconfinement
Telegram : https://t.me/calyaconfinementofficial
Tiktok : https://www.tiktok.com/@calyaconfinement
Youtube: https://youtube.com/channel/UCF1ELTjeLj32Dr5E3IkzN3A

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here