NAK BELAJAR LUAR NEGARA TAPI BIMBANG TAKTAHU BAHASA DISANA? APA NAK BUAT?

0
843

Ha jangan risau, meh sini admin kongsikan tips-tips supaya anda cepat belajar bahasa asing!

Mesti dikalangan pelajar-pelajar di luar sana berkeinginan untuk sambung belajar ke luar negara kan? Tapi bimbang takmampu nak belajar bahasa asing disana! hmm..itu pasti! Tapi jangan bimbang, sekarang korang dah boleh cuba gunakan tips-tips yang admin kongsikan ini untuk cepat belajar bahasa asing.

 

biasalah kalau belajar ke negara orang ni, apa yang kita perlukan adalah kemahiran dalam berbahasa. nampak macam susahkan sebab nak kena fasih dalam bahasa tapi ini yang perlu anda belajar nanti untuk mahir dalam berkomunikasi.

TIPS-TIPS UNTUK BELAJAR BAHASA ASING DENGAN CEPAT

  1. MUAT TURUN APLIKASI BAHASA 
inews.id

Aplikasi seperti ini dapat memberikan kesan yang besar kepada anda dalam proses untuk anda mempelajari bahasa asing. bermacam-macam jenis penyampaian ilmu sekarang yang boleh anda cuba pelajari, contohnya dari lagu, filem dan sebagainya.

Begitu juga dengan aplikasi, Aplikasi ini ibarat kamus bergerak ia memberikan ilmu mengunakan kaedah online untuk anda belajar. Walaupun anda sedang baring, berjalan anda masih boleh belajar.

BACA JUGA :   Daulah Educonsult Capaikan Hasrat Untuk Sambung Belajar ke Luar Negara

2. BERLATIH BERCAKAP SETIAP HARI

Untuk fasih dalam berbahasa asing ni adalah anda perlu berlatih bercakap setiap hari. Dengan berlatih setiap hari ini anda juga perlu mencatat nota-nota baru dari bahasa-bahasa tersebut supaya anda lebih faham dan tahu makna setiap perkataan tersebut. selain itu, Anda juga perlu membuat ulangkaji bahasa seperti teka silang kata, quiz dan sebagainya.

3. MENONTON FILEM KESUKAAN ANDA 

Selain dari anda membaca buku kamu dan sebagainya, ada lagi cara yang mudah untuk anda belajar bahasa asing ni tau. Antaranya adalah “menonton filem kesukaan anda” Seperti filem international, korea dan lain-lain. Ini adalah cara yang bagus untuk belajar bahasa lebih cepat. Ketika anda menonton filem atau rancangan TV hiburan anda perlu membuka “subtitle” untuk memudahkan anda faham maksud . Anda juga perlu fokus untuk mendengar, membaca, dan cuba berbicara seperti filem tersebut.

4. DENGAR MUZIK KESUKAAN ANDA

Semua orang pasti ada muzik kegemaran sendiri kan? sama ada lagu indonesia, inggeris, korea dan lain-lain. Tahu tak? dari mendengar muzik je anda boleh memantapkan lagi bahasa anda,  mendengar muzik ni adalah salah satu cara yang paling terbaik untuk anda belajar perkataan baru selain dari membaca buku dan lain-lain. kalau macam admin, admin suka lagu berbahasa inggeris, jadi dari situ admin dapat tingkatkan lagi kemahiran berbahasa admin. Sebab ketika kita mendengar, kita akan turut menyanyi dan kita juga akan mula untuk mencari makna dari perkataan-perkataan tersebut betul tak?

BACA JUGA :   Peluang Kemasukkan Ke Maahad Buuth Menerusi Madrasah Daulah.

jadi admin harap tips-tips yang dikongsikan ini dapat memberi manfaat untuk pelajar-pelajar di luar sana yang berkeinginan untuk belajar di luar negara suatu hari kelak! .

Jika anda inginkan matlumat lanjut, anda boleh hubungi nombor konsultan di bawah: –

Pejabat: 03-92851322
Customer Service: bit.ly/konsultandaulah-e
Konsultan utama: 013-2090322 (Tuan Syed)
Konsultan Daulah: https://bit.ly/3xChOF3 018-3845685 (cik zuraini)
.
Pejabat:
No 1-19, Jalan Pandan Prima 2, Dataran Pandan Prima, 55100 Kuala Lumpur

 

 

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here