Hari-hari fikir “aku boleh berjaya ke macam orang lain?”, Macam mana diorang boleh berjaya sampai ke tahap tu? apa yang diorang buat?

HA! Mesti ada dikalangan kita yang berfikiran seperti di atas kan? Buntu bagaimana nak berjaya macam mereka semua berkerjaya dan sebagainya? Baik saya kongsikan kepada anda Antara kejayaan dan kegagalan mana yang akan menjadi pilihan untuk anda berjaya?

Kalau admin, admin pilih kegagalan kerana kegagalan yang mengajar kita erti untuk terus maju ke hadapan tanpa mengalah, Macam ayat ni, “Gagal tidak bermakna gagal selamanya” kalau anda sentiasa berjaya dalam segala hal tanpa ada gagal itu sangat bagus tapi ada keburukanya juga kerana tanpa gagal dalam sesuatu perkara yang kita lakukan , kita tidak akan merasa betapa susahnya untuk berjaya dan gagal juga akan memberi kita keyakinan dan semangat untuk kita terus maju kehadapan.

krai D’sign Sdn Bhd

Jom admin kongsikan beberapa tips untuk mencapai kejayaan, admin harap perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada semua.

Tips 1 : Perlu ada Matlamat diri 



Matlamat sangat penting dalam diri setiap manusia kerana matlamat merupakan satu langkah awal yang perlu kita bina dalam kehidupan untuk tentukan tujuan hidup yang ingin kita capai.

selain itu, Matlamat juga dapat membantu diri kita untuk capai apa yang kita inginkan . oleh itu, matlamat sangat penting untuk diri kita , sekiranya korang buntu macam mana nak berjaya, apa yang perlu korang perlu buat adalah bina Matlamat itu sangat penting!

Tips 2: Tujuan anda nak berjaya

setiap orang mesti ada tujuan dan sebab kenapa nak berjaya kan? nak ubah nasib keluarga? nak keluar dari masalah yan dihadapi? nak berjaya untuk masa yang akan datang dan diri sendiri? dan lain-lain.

kebanyakkan orang mereka nak berjaya tapi lupa tujuan dan niat sebenar untuk berjaya. macam harini niat untuk berjaya , esok lupa niat dan tujuan. untuk elakkan perkara ini berlaku antaranya kita perlu ada kepercayaan diri yang mengatakan kita boleh lakukan itu, kita boleh berjaya suatu hari nanti.

hasil mungkin agak lambat, tapi usaha kita yang selama ini akan tunjukan kejayaan sebenar suatu hari nanti. Selain itu, Paling penting juga setiap perkara yang anda lakukan perlu berdoa kepada allah swt, solat dan meminta diberikan petunjuk untuk anda. Insyallah segala masalah anda dipermudahkan.

Tips 3: Sentiasa Memotivasikan Diri

kadangkala diri kita ini cepat merasa “Down” kerana takdapat melakukan sesuatu atau kecewa dalam sesuatu hal .

apa yang perlu anda lakukan? anda perlu memotivasikan diri pada setiap pagi atau memulakan sesuatu pekerjaan. Motivasi ini akan memberikan kesan yang positif yang baik untuk anda, selain itu juga dapat meningkatkan usaha diti kita. Untuk makluman anda Motivasi ini bukan hanya sekadar memberi ucapan semangat untuk diri , motivasi diri ada pelbagai cara antaranya mendengar muzik, menonton video yang bermotivasi juga dapat memberi keyakinan semula.

Macam admin, lebih suka mendengar muzik . Lagu juga ada yang memberikan motivasi pada kita tau, contohnya lantunan muzik yang rancak dan kita rasa ia dapat memberi keyakinan jadi dengarkan supaya dapat memberikan suasana positif untuk anda.

Berdoa juga dapat memberikan motivasi contohnya seperti doa diperluaskan pintu rezeki dan lain-lain.

Tips 4: Jangan Stesskan Diri

stress adlah perkara biasa yang setiap manusia lakukan, perkara kecil jadi besar dan akan timbulkan stress pada diri. Jika ada stress dalam diri kita ia akan mendatangkan keburukan malah boleh mendatangkan penyakit kepada diri kita.

Bila kita berkeinginan untuk mencapai sesuatu dengan hati terbuka , gembira dan lain-lain , insyallah kejayaan akan menyusur kita. Tapi kalau kita stress dah menguasai diri kita ia agak sukar untuk kita berjaya kerana stress akan membuatkan diri kita menjadi lemah dan sentiasa memikirkan masalah yang dihadapi. oleh sebab itu, matlamat kita, kerja kita menjadi bercelaru dengan tujuan dan niat kita.

Stress inilah punca yang ramai orang gagal dalam mencapai kejayaan masing-masing. Jadi cara yang terbaik untuk mengurangkan stress ini adalah anda perlu bijak dalam mengawal stress yang dihadapi diri. selain itu juga, kita sebagai umat islam jika menghadapi masalah apa yang perlu kita buat adalah memperbanyakan doa dan berzikir.

Tips 5 : Sentiasa bertanya kepada orang yang lebih hebat

baik untuk berjaya dengan sendiri adalakanya mudah dan susah, jadi apa yang perlu kita lakukan sekiranya kita rasa ilmu pada diri kita kurang.  Contohnya, kurang ilmu dalam perniagaan (business), takkan nak terus buat tanpa ada ilmu betul?

Apa yang perlu kita lakukan adalah, beranikan diri untuk berkawan dengan orang-orang yang hebat, belajar , sering bertanya dan sebagainya. Cuba untuk bina kelompok yang membolehkan kita lebih maju kehadapan dan berjaya seperti mereka. Seperti peribahasa tidak bertanya sesat jalan. biar orang kata kita ni terhegeh-hegeh ke apa ke? yang penting kita tahu apa tujuan dan niat kita.

Bukan untuk mengambil kesempatan ataupun apa, tapi kita perlu berani kan diri untuk bergaul dengan orang yang hebat, mempelajari ilmu dari mereka sehingga berjaya.

ANDA BERMINAT UNTUK MELANJUTKAN PENGAJIAN KE LUAR NEGARA? DI NEGARA RUSIA, INDONESIA, POLAND, BANGLADESH DAN MESIR?

AYUH DAPATKAN KONSULTASI SECARA “PERCUMA SEKARANG” KUOTA ADALAH TERHAD

jika anda inginkan matlumat lanjut, anda boleh hubungi nombor konsultan di bawah:

Pejabat: 03-92851322
Customer Service: bit.ly/konsultandaulah-e
Konsultan utama: 013-2090322 (Tuan Syed)
Konsultan Daulah: https://bit.ly/3xChOF3 018-3845685 (cik zuraini)
.
Pejabat:
No 1-19, Jalan Pandan Prima 2, Dataran Pandan Prima, 55100 Kuala Lumpur

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here