MEMPUNYAI IMPIAN UNTUK BERGELAR SEBAGAI SEORANG DOKTOR ? AYUH REALISASIKAN IMPIAN ANDA!

0
871

Anda berminat untuk sambung belajar di Bangladesh dan merasai suasana pembelajaran di sana ? Admin mempunyai berita baik buat pelajar yang sedang mencari peluang untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sains Kesihatan.

Bangladesh adalah antara negara yang mempunyai paling ramai penduduk dan mempunyai banyak budaya dan keunikan. Ia juga merupakan negara islam ke-empat terbesar di dunia (selepas Indonesia, India dan Pakistan). Walaupon Bangladesh bukanlah negara membangun seperti negara lain, akan tetapi kualiti pengajian yang ditawarkan adalah setaraf dengan negara membangun yang lain.

Tahukah anda bahawa terdapat universiti terbaik yang menawarkan bidang Sains Kesihatan. Berikut merupakan universiti terbaik yang di tawarkan oleh Daulah Educonsult dalam bidang Sains Kesihatan di Bangladesh.

DHAKA MEDICAL UNIVERSITY

Kmpus kolej ini terletak di tengah – tengah bahagian lama Kota Dhaka berhampiran Taman Bahadur Shah. Universiti ini merupakan universiti berprestij dengan kerjasama Rajashi University. Ia juga menjadi pilihan terbaik untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan. Di universiti ini, pelajar akan diberikan latihan praktikal yang bersesuaian dengan tujuan mengejar impian sebagai doktor terkemuka.

BACA JUGA :   Cabang Kerjaya dalam Bidang Veterinar

MYMENSINGH MEDICAL COLLEGE

Mymensingh Medical College adalah kolej perubatan kerajaan. Ia dimulakan pada tahun 1924 di Baghmara sebagai Sekolah perubatan lytton. Institusi ini terdiri daripada empat bangunan bertingkat yang dibina dengan bangunan hospital bersebelahan dengan bangunan kolej.

CHITTAGONG MEDICAL COLLEGE

Chittagong Medical College merupakan kolej kedua tertua di Bangladesh yang ditubuhkan pada tahun 1956 dan menawarkan bidang perubatan. Kolej ini merupakan antara universiti yang menyediakan sebuah hospital untuk pelajar membuat latihan praktikal. Selain itu, hospital tersebut juga menerima pesakit luar selain dari pelajar.

BANGLADESH AGRICULTURAL UNIVERSITY

Bangladesh Agriculture university ditubuhkan pada 18 Ogos 1961 yang terletak kira – kira 4 kilometer dari bandar Mymensingh. Universiti ini menawarkan pengajian perubatan dan pergigian terbaik termasuklah bidang veterinar. Universiti ini mempunyai dua fakulti iaitu Fakulti Sains Veterinar dan Fakulti Pertanian.

BACA JUGA :   Bahaya Tinggal Hand-Sanitizer dalam Kereta Ketika Cuaca Panas

DHAKA DENTAL COLLEGE

Institut pergigian ini ditubuhkan pada Ogos 1961 dan merupakan antara institut pergigian yang terbesar di Bangladesh. Kolej pergigian ini adalah institusi kerajaan dan berlokasi di Mirpur Dhaka, Bangladesh. Ia mempunyai kemudahan yang pelbagai, ia juga mempunyai hospital pergigian sendiri yang dibuka selama 24 jam.

Berminat tetapi keliru bagaimana untuk meneruskan pendaftaran? Jangan bimbang, Daulah Educonsult sedia membantu dan membimbing anda untuk melanjutkan pengajian di luar negara dalam bidang pilihan anda. Jalani sesi konsultansi secara percuma bersama konsultan terlatih di Daulah Educonsult.

Jika anda inginkan maklumat lanjut, anda boleh hubungi nombor konsultan di bawah:

Pejabat: 03-92851322

Customer Service: https://bit.ly/Konsultan-F

Konsultan utama: 013-2090322 (Tuan Syed)

Konsultan Daulah: https://bit.ly/Konsultan-fatihah 017-6521061 (Cik Fatihah)

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here