Adab Menziarahi Bayi dan Ibu Berpantang 

Antara perkara yang menggembirakan setiap ahli keluarga adalah apabila menyambut kelahiran baru. Lebih-lebih lagi apabila bayi tersebut adalah anak pertama dalam keluarga setelah sekian lama rumah terasa sepi tanpa tangisan mahupun jeritan kanak-kanak.

Tetapi sebelum nak bertandang atau ziarah kelahiran baru, para makcik/pakcik/sepupu/adik beradik perlu tahu beberapa perkara yang mesti dielakkan supaya tidak menyinggung pihak ibu dan keluarga semasa menziarahi mereka terutamanya perbuatan pada bayi itu sendiri.

Antara perkara yang perlu dielakkan dalam menjaga ibu berpantang;

  1. Hubungi tuan rumah terlebih dahulu sebelum berziarah. Ia bagi mengelakkan gangguan ibu ketika berpantang sekiranya terdapat beberapa perkara yang berlaku seperti checkup di klinik kesihatan/hospital, ada tetamu lain, atau ibu itu sendiri tidak bersedia untuk menerima tetamu.
  2. Elakkan dari memegang atau mencium bayi, melainkan dapat keizinan daripada ibunya sendiri. Tetapi di musim endemik ini, digalakkan untuk tidak bersentuhan. Hal ini kerana, boleh jadi kita sebagai tetamu membawa virus berbahaya, lebih-lebih lagi ada di antara tetamu ada kenalan yang berisiko. Sebagai tetamu, kita perlu berwaspada sebelum memegang/menyentuh bayi.
  3. Jangan kejutkan bayi yang sedang tidur. Kadangkala tetamu yang hadir ingin melihat bayi sudah terjaga. Tetapi tetamu juga perlu faham bayi perlukan tidur yang cukup. Jadi sebagai tetamu, cukuplah sekadar bertanya khabar bayi daripada ibunya sendiri. Tidak perlu risau, banyak hari lagi untuk berziarah.
  4. Elakkan meminta makan atau minum daripada tuan rumah, selain tidak membuat bising. Nikmati sahaja sajian yang disediakan oleh tuan rumah. Pihak tuan rumah biasanya tiada daya yang kuat untuk melayan tetamu dan sajikan anda dengan juadah yang lazat. Hal ini kerana, fokus utama setiap ahli keluarga pada ketika itu adalah kepada ibu berpantang.
  5. Hulurkan sedikit buah tangan/ duit. Hal ini bukan satu kewajipan bagi setiap tetamu. Namun, ia sebuah simbol penghargaan kepada keluarga atas kelahiran baru, juga sebagai simbol keberkatan kepada keluarga. Juga, sebuah tanda sedekah buat saham akhirat anda !
  6. Elakkan memberi nasihat atau saranan yang anda tidak pasti atau yang pernah alami. Setiap badan dan tahap emosi manusia berbeza, ada nasihat/tips boleh diterima, ada yang tidak. Lebih-lebih lagi kepada ibu berpantang, mereka dalam keadaan emosi yang kurang stabil selain badan yang lemah. Jadi, cukup sekadar memberi sokongan kepada mereka supaya bersemangat menempuh hari-hari akan datang.
  7. Doakan kesejahteraan ibu, bayi dan keluarga tuan rumah. Berikan kata-kata semangat kepada mereka. Disini admin nak kongsikan doa yang boleh dititipkan pada bayi:
    Doa melihat bayi baru lahir.

    Jadi, sebagai tetamu perlu lebih berhati-hati dari segi kata-kata, berpakaian sopan dan elakkan membuat perkara yang boleh menyinggung pihak tuan rumah. Harap info ini dapat membantu sedikit sebanyak untuk anda bertandang ke rumah ibu berpantang selepas ini.

    Jika berminat untuk ketahui lebih lanjut berkaitan pakej pantang, boleh tekan di link di bawah:

    Admin Safwah: https://linktr.ee/nur_safwah
    Customer Service: http://www.wasap.my/60182080827/ConfinementLady

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here