Rawatan bertungku sangat sinonim dengan rawatan berpantang. Dengar sahaja perkataan bertungku mesti fikiran akan terbayang ibu yang sedang berpantang sedang bertungku pada bahagian perut kan. Admin pun fikir perkara yang sama tau. Tapi kan, sebenarnya banyak manfaat bila bertungku ni, bukan sahaja untuk kaum wanita, malah untuk pelbagai golongan dan lapisan umur juga terutamanya kaum lelaki.
.
Ha! Kaum lelaki boleh bertungku juga?
.
Mestilah boleh. Bagi mereka yang tidak tahu, bertungku bermaksud adalah satu kaedah menekan/mendemah sebuah batu sungai (bergantung kepada jenis tungku) yang dipanaskan ke beberapa point seluruh badan. Ia bertujuan merehatkan otot dan urat serta menyingkirkan angin.
.
Bertungku selama 20-30 minit pun dah memadai pada bahagian tertentu. Bergantung juga pada kadar keperluan badan ketika itu. Untuk seluruh badan pula kadang-kadang perlu ambil masa sehingga 1 jam setengah.
.
Bertungku adalah proses wajib sebelum mula rawatan urutan, supaya dapat lembutkan urat-urat yang tegang.
Dalam masa yang sama, perawat akan lebih mudah untuk mulakan rawatan urutan.
.
Beberapa manfaat yang dikaitkan dengan teknik bertungku antara lain:
.
1. Meningkatkan peredaran darah dan oksigen ke seluruh tubuh, dan membantu membuang toksin dari dalam tubuh.
2. Mengurangkan ketegangan otot dan meredakan sakit kepala dan migrain.
3. Meningkatkan sistem imun dan membantu tubuh untuk melawan jangkitan dan penyakit.
4. Meredakan stres dan mempercepatkan pemulihan dari keletihan.
5. Meningkatkan kesihatan kulit dengan membantu menghilangkan jerawat dan memperbaiki tekstur kulit.
.
Namun, penting untuk diingat, manfaat teknik bertungku masih belum dapat dipastikan secara ilmiah, dan setiap orang mungkin memiliki pengalaman yang berbeza dalam menggunakan teknik ini. Dapatkan konsultasi daripada doktor atau ahli kesihatan sebelum mencuba teknik ini untuk memastikan kesesuaian dengan keadaan kesihatan individu.
.
Jadi kalau anda perlukan rawatan urutan bertungku (wanita sahaja), boleh je chat kami di:
Admin Calya I: http://www.wasap.my/60182080827/NakUrutan
Admin Calya II: http://www.wasap.my/60184701322/Urutan