Patut ke pelajar menguasai bahasa Asing?
Ha! Admin suka soalan macam ni. Patut ke Pelajar Belajar bahasa Asing ni?
Jawapannya, Mestilah Perlu! Sebab bahasa asing ini sangat penting kerana dalam dunia pendidikan, pekerjaan dan sebagainya anda perlu fasih atau tahu serba sedikit bahasa-bahasa asing ni. Contohnya, bahasa Inggeris semua orang wajib tahu ia dikatakan sebagai “Second Language” kita untuk berkomunikasi dengan orang lain.
Admin, Apa pula kelebihan kalau pelajar kuasai Bahasa Asing ni?
HA! jom admin terangkan kepada anda, Antara kelebihan jika anda menguasai bahasa asing.
KELEBIHAN PELAJAR MENGUASAI BAHASA ASING
Meningkatkan Kemampuan Komunikasi
Penguasaan Bahasa Asing ini jika kita dapat tahu serba sedikit bahasa dari negara lain ia dapat membantu kita untuk berkomunikasi. “Third Language” anda, Contohnya, anda bercuti atau Melanjutkan pengajian di luar negara, Anda perlu ambil tahu serba sedikit bagaimana cara mereka berkomunikasi dan sebagainya kerana setiap negera Bahasa yang mereka gunakan berbeza, ada sesetengah negara mengunakan bahasa “Formal dan Tidak Formal. Contohnya, bercakap dengan orang yang lebih tua (Formal), bercakap dengan orang yang muda atau setara (tidak formal).
Meningkatkan Kepahaman terhadap Budaya
Bahasa merupakan salah satu bahagian yang paling penting dari budaya. Mempelajari bahasa asing, pelajar akan dapat memahami budaya yang terkait dengan bahasa dari negara lain. Hal ini, dapat membuka pandangan pelajar terhadapat cara pandang dan memahami budaya orang lain.
Memudahkan pelajar untuk belajar di luar negara
Bagi pelajar-pelajar di luar sana yang berimpian untuk melanjutkan pengajian di luar negara perlu meguasai bahasa asing kerana ia akan menjadi hal yang sangat penting dalam diri pelajar. Hal ini akan membantu pelajar untuk menyesuaikan diri dengan lebih mudah di dalam kelompok baru dan memudahkan pelajar untuk mengikuti sesi pembelajaran dan komunikasi bersama pensyarah-pensyarah dan mahasiswa yang lain.
Selain kepentingan di dunia pendidikan atau pekerjaan, penguasaan bahasa asing juga dapat membuka peluang untuk anda belajar lebih banyak tentang budaya dan cara hidup orang lain. disamping itu, dapat meningkatkan pemahaman dan toleransi terhadap perbedaan budaya. Hal ini juga dapat membuka pintu bagi pelajar untuk mempelajari ilmu pengetahuan dan teknologi yang lebih maju dari negara lain, serta menjalin hubungan dengan orang-orang dari latar belakang yang berbeda.
Selain itu juga, dalam dunia pendidikan, bahasa asing juga dapat membuka peluang kepada pelajar untuk belajar di luar negera dan dapat meraih pendidikan ke peringkat yang lebih tinggi di Universiti yang terkemuka di dunia. Kemampuan berbahasa asing juga dapat meningkatkan kemampuan komunikasi dan keterampilan sosial, memperkuat percakapan antara budaya serta membantu dalam memecahkan masalah dengan cara yang berbeda dan inovatif.
akhir sekali, penguasaan bahasa asing ini adalah satu hal yang besar dan penting dalam dunia globalisasi serta kemajuan teknologi&ekonomi saat ini. Pelajar yang memiliki kepandaian dalam bahasa asing akan memiliki keunggulan dalam berbagai aspek kehidupan, terutama dalam lingkungan kerja, pendidikan, dan dalam berkomunikasi dengan orang-orang dari berbagai budaya dan negara.
Admin harap info diatas dapat membantu pelajar-pelajar di luar sana . insyallah .
ANDA PELAJAR DARI LEPASAN TRIAL SPM, SPM, IGCSE, O-LEVEL, MATRIKULASI, DIPLOMA, ASASI DAN SETARAF?
Berminat untuk sambung belajar di luar negara? Tapi buntu dalam membuat pemilihan bidang dan universiti?
Jangan Risau, Konsultan Daulah sedia membantu anda!
untuk pertanyaan lanjut, anda boleh hubungi kami di talian dibawah: –
Pejabat: 03-92851322
Customer Service: bit.ly/konsultandaulah-e
Konsultan utama: 013-2090322 (Tuan Syed)
Konsultan Daulah: https://bit.ly/KonsultanZuraini 018-3845685
#studyabroad #spm #IGCSE #Daulahedu #Rusia #indonesia #poland #Bangladesh #Mesir