Belajar Sambil Melancong boleh ke?! Apa yang kita akan dapat? Jom baca info dibawah sekarang

0
401

Belajar sambil melancong ni atau dipanggil sebagai “Travel Study” sering dilakukan oleh pelajar yang sambung pengajian ke luar negara sama ada di indonesia, Rusia, Mesir dan lain-lain. Antara sebab mereka “Travel study” kerana negara yang tidak pernah mereka kunjungi, jadi dengan masa yang ada ini mereka mengunakan masa tersebut untuk melancong. Pelajar perlu pandai menguruskan masa untuk belajar dan melancong, ini sangat penting untuk mengekalkan prestasi pelajar dalam universiti dan pembelajaran.

jadi apa pengalaman yang boleh pelajar dapat jika belajar sambil melancong ke luar negara ni? Jom admin kongsikan kepada perkara yang boleh anda lakukan ketika mempunyai yang lapang.

  1. Pengalaman Belajar yang lain dari biasa

pasti setiap pelajar inginkan pengalaman belajar yang menarikkan? supaya dapat simpan sebagai kenangan bila kita berjaya suatu hari ini. Dengan melancong sambil belajar ni kita dapat mencipta pengalaman belajar yang berbeza dan tak sama belajar seperti di malaysia. Disamping itu, kita juga dapat kenal dengan orang yang dari pelbagai negara serta boleh tambahkan ilmu anda dalam berkomunikasi.

BACA JUGA :   Simpan Duit Dengan Mudah

2. Menambah ilmu dan pengetahuan

Dalam travel study ni, kita boleh tambah ilmu dan pengetahuan tentang budaya, sejarah, dan tempat-tempat menarik yang kita kunjungi.  selain itu, kita juga boleh dapat lebih banyak pengetahuan dan kebijaksanaan melalui pengalaman belajar yang berbeza atau baru. Dengan cara ini, individu boleh mengambil manfaat untuk membuka pemikiran dan wawasan mereka serta membantu mereka mengembangkan kemahiran.

3. Kenalan dan jaringan baru

kita dapat kenal orang baru dari pelbagai negara dan budaya yang berbeza. Ini membuka peluang untuk menambahkan lagi kenalan baru yang boleh menjadi kawan, mentor di masa depan. Oleh itu, dengan memperluas jaringan berkawan dengan seseorang juga dapat memperkayakan lagi pengalaman hidup kita dan mengembangkan perspektif yang lebih luas tentang dunia.

4. Pendidikan yang lebih luas

sudah pasti, jika sambung belajar di luar negara apa yang kita dapat adalah ilmu pendidikan yang luas. Bukan itu sahaja, setiap universiti pasti menawarkan program yang lebih luas dan lebih menarik untuk pelajar-pelajar. Anda juga akan dapat merasai suasana pembelajaran yang berbeza yang tidak tersedia di negara kita.

BACA JUGA :   Rebut Peluang Sambung Belajar Di Universiti Diiktiraf Di Luar Negara
5. Pengalaman hidup

Belajar di luar negara adalah pengalaman hidup yang tak dapat kita sebagai pelajar lupakan kerana dari pengalaman yang anda cari ini akan berikan keyakinan diri, kejayaan untuk anda terus maju kehadapan. selain itu, Anda juga dapat memberikan inspirasi kepada pelajar-pelajar yang lain untuk lanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi di luar negara. Kongsikan pengalaman menarik kepada orang lain yang ingin berjaya seperti anda dapat melahirkan generasi-generasi yang baik suatu hari nanti.

admin harap info yang dikongsikan ini dapat memberi manfaat kepada pelajar-pelajar di luar sana untuk berjaya dan merasai pengalaman belajar di luar negara dalam peringkat pembelajaran yang lebih tinggi. Insyallah.


𝐀𝐍𝐃𝐀 𝐁𝐄𝐑𝐈𝐌𝐏𝐈𝐀𝐍 𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐍𝐆 𝐁𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐊𝐄 𝐋𝐔𝐀𝐑 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀? 𝐀𝐘𝐔𝐇 𝐃𝐀𝐏𝐀𝐓𝐊𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐍𝐒𝐔𝐋𝐓𝐀𝐒𝐈 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐊𝐎𝐍𝐒𝐔𝐋𝐓𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐔𝐋𝐀𝐇 𝐄𝐃𝐔𝐂𝐎𝐍𝐒𝐔𝐋𝐓 𝐒𝐄𝐊𝐀𝐑𝐀𝐍𝐆!
.
𝐒𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐀𝐑𝐀 𝐊𝐔𝐎𝐓𝐀 𝐌𝐀𝐒𝐈𝐇 𝐀𝐃𝐀!
.
Anda boleh hubungi nombor yang tertera dibawah:-
.
📞 Pejabat: 03-92851322
📲 Customer Service: bit.ly/konsultandaulah-e
📲 Konsultan utama: 013-2090322 (Tuan Syed)
📲 Konsultan Daulah: https://bit.ly/KonsultanZuraini 018-3845685

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here