Hello, kamu semua pasti dah tepu kan asyik baca tentang bidang perubatan saja. Tak ada bidang lain ke yang ditawarkan di luar negara? Takkan hanya ada bidang perubatan sahaja? Baiklah, hari ini kita akan lari dari bidang perubatan. Saya nak ceritakan tentang Universiti Al-Azhar, Mesir yang menawarkan bidang Pengajian Islam.
Siapa je tak pernah dengar tentang Universiti Al-Azhar? Universiti paling gah di Mesir. Dimana tempat melahirkan para ulama’. Saya kongsikan sedikit tentang Universiti Al-Azhar ini.
Universiti Al-Azhar adalah salah satu universiti tertua di dunia terletak di Mesir. Universiti ini didirikan pada abad ke-10 sebagai pusat pembelajaran Islam dan telah menjadi salah satu universiti Islam terkemuka di dunia.
Berikutnya, Universiti Al-Azhar memiliki fakulti-fakulti yang menawarkan program-program dalam ilmu-ilmu agama, bahasa Arab, dan pengajian Islam. Universiti ini juga menawarkan program-program dalam ilmu-ilmu sosial, dan ilmu-ilmu sains.
Universiti Al-Azhar memiliki reputasi yang sangat baik di seluruh dunia kerana pengajaran yang diberikan oleh para ulama dan profesor yang ahli di bidang mereka. Universiti ini juga dikenal kerana penerbitan kitab-kitab dan jurnal-jurnal yang berkaitan dengan pengajian Islam.
Contohnya, kebanyakkan pelajar yang berasal dari Malaysia melanjutkan pengajian di Fakulti Ulum Islamiah. Fakulti Ulum Islamiah diwujudkan pada tahun 2008 hasil Perjanjian Persefahaman antara Kerajaan Malaysia dan Universiti Al-Azhar. Matlamat penubuhan fakulti ini adalah untuk melahirkan para graduan yang mampu menguasai segala cabang ilmu Islam merangkumi Syariah, Usuluddin, Bahasa Arab, Ekonomi Islam, Perbankan Islam dan sebagainya.
Tempoh pengajian adalah selama lima (5) tahun. Pelajar yang berjaya menamatkan pengajian akan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Ulum Islamiah wa Al-Arabiah daripada Universiti Al-Azhar.
Bangunan Kuliah di Al-Azhar, Mesir
Bagi kuliah ulum Islamiah, dewan kuliahnya adalah di dalam Masjid Az-Zahraa, yang terdapat banyak kelas di dalamnya. Selain itu, ia adalah sebuah Masjid yang besar dengan reka bentuk yang sangat menakjubkan. Suasana belajar di dalam Masjid yang tenang menyebabkan jiwa kita terisi. Ini merupakan satu kelebihan bagi pelajar-pelajar kuliah Ulum Islamiah.
Dari segi bilangan pelajar pula, ia terhad dalam satu kelas, kurang daripada 30 orang. Tambahan pula, pensyarah-pensyarahnya terdiri daripada syeikh dan professor yang mempunyai kepakaran dalam bidang masing-masing. Mereka yang terpilih adalah dalam kalangan pensyarah yang terbaik yang ada di Universiti Al-Azhar Asy-Syarif ini.
Ini adalah serba sedikit info tentang Universiti Al-Azhar, Mesir. Jika anda semua berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang Pengajian Islam. Boleh hubungi kami di Daulah Educonsult untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut:
Facebook : Daulah Educonsult
Youtube : Daulah Educonsult
Email : daulahmedic@gmail.com
Nombor Pejabat : 03-92851322
Nombor Khidmat Pelanggan : 018-9624322
Nombor Konsultan Utama : 013-2090322 (Tuan Syed)
Nombor Konsultan : 010-8694840