Medan merupakan sebuah bandar yang tidak asing lagi buat kita yang tinggal di Malaysia. Dengan menaiki pesawat, ia hanya memakan waktu selama satu jam saja untuk tiba di Medan dari Kuala Lumpur. Sangat merugikan jika anda melancong ke Medan tetapi tidak pergi ke tempat yang disenaraikan. Ini merupakan tempat-tempat indah yang wajib anda kunjungi:
-
Danau Toba
Danau Toba menjadi destinasi pilihan utama pelancong di Sumatera Utara serta simbol ikonik untuk Medan kerana Danau Toba adalah tasik yang terbesar di Indonesia dan merupakan sebuah kawah gunung berapi. Kedalaman tasik ini sekurang-kurangnya 1600 meter ke dalam.
Kejernihan serta kebersihan tasik ini sememangnya mengagumkan ramai pelancong dari luar negara. Selain itu, apa yang membuatkan Danau Toba ini menjadi lebih indah adalah kerana terdapat sebuah pulau yang dinamakan Pulau Samosir yang didiami orang suku kaum batak disitu.
- Air Terjun Sipiso-piso
Selain Danau Toba, Air Terjun Sipiso-piso juga merupakan kebanggaan Medan kerana Air Terjun Sipiso-piso ini merupakan air terjun yang tertinggi di Indonesia. Kedudukannya berhampiran Desa Tongging dan berada di perbukitan dengan ketinggian 120m.
Bagaimana cara untuk anda tiba ke dasar air terjun ini? Anda hanya perlu mendaki tangga yang telah disediakan. Walaupun jalannya agak mencabar dan memenatkan tapi percayalah semua kepenatan itu akan hilang setelah tibanya anda di air terjun tersebut. Anda dapat menikmati air dan udara yang segar serta permandangan yang indah.
- Berastagi
Berastagi merupakan lokasi percutian hujung minggu kegemaran orang Medan. Di Berastagi terdapat pelbagai jenis sayur-sayuran dan buah-buahan yang segar. Selain itu, ia terkenal dengan dua gunung berkembar. Sekiranya anda merupakan seorang yang inginkan cabaran serta pengalaman, anda boleh cuba untuk mendaki gunung berkembar tersebut.
Berminat untuk melanjutkan pembelajaran ke Indonesia? Boleh hubungi kami di:
Facebook : Daulah Educonsult
Youtube : Daulah Educonsult
Email : daulahmedic@gmail.com
Nombor Pejabat : 03-92851322
Nombor Khidmat Pelanggan : 018-9624322
Nombor Konsultan Utama : 013-2090322 (Tuan Syed)
Nombor Konsultan : 010-8694840