Pasti anda nak tahu kan, tempat apa yang menarik untuk dikunjungi, takkan taman tema, shopping mall, museum-museum kan? Ha! kali ni admin nak kongsikan kan dekat anda Sungai-sungai yang boleh anda Kunjungi bersama keluarga atau pasangan anda.
Sungai sudah pasti semua negara sama, yang berbeza cuma Kawasan, permandangan, kebersihan dan suasana. Kalau keadaan, suasana, permandangan cantik mesti anda nak kunjungi kan? kalau kawasan tu tidak baik , suasana suram, air sungai kotor ada tak yang nak pergi? sudah tentulah takde! Jadi dari anda buang masa melancong ke rusia tapi tak lawat tempat ini , ia ibarat percutian yang sia-sia.
Jom admin kongsikan kepada anda 4 tempat sungai yang boleh dikunjungi di Rusia!
-
Sungai Moskva


Sungai Moskva adalah salah satu sungai yang mengalir melalui ibu negara Rusia, Moscow, juga merupakan salah satu tarikan pelancongan yang sangat popular. Sepanjang Perjalanan sungai Moskva ini anda kan menikmati pemandangan yang menakjubkan di sepanjang jalan termasuk beberapa mercu tanda penting seperti Kremlin dan Menara Spasskaya.
Bukan itu sahaja, Pelbagai perkhidmatan pelayaran (Cruise) disediakan termasuk pelayaran harian, malam dan juga pelayaran makan malam. Di sepanjang sungai juga terdapat Taman untuk pelancong menikmati permandangan antaranya Gorky Park, Taman Novodevichy, dan Taman Kolomenskoye. Kalau dari segi Acara-acara (event) juga sering diadakan disini antaranya pesta kembang api dan pameran bot.
2. Sungai Neva


Kawasan Sungai ini mengalir dari bandar Saint Petersburg dan menjadi salah satu tarikan utama pelancongan juga kerana sepanjang perjalanan sungai Neva ini mempunyai permandangan dan keindahan arsitektur bandar yang sangat cantik, termasuk Istana Winter, Gereja Saint Isaac, dan Jembatan Palace.
Istana Winter juga salah satu tarikan utama pelancong untuk ke sungai neva ini, Istana ini terletak di sebelah kiri Sungai Neva dan menjadi salah satu mercu tanda terpenting di bandar ini. selain itu , Istana Winter pernah menjadi kediaman rasmi para raja dan kaisar Rusia dan sekarang menjadi sebuah museum yang mengandungi koleksi seni yang besar.
3. Sungai Volga

Sungai ini merupakan sungai terpanjang di Eropah dan mengalir melalui beberapa bandar besar seperti Nizhny Novgorod dan Kazan. Laluan kapal besar seperti cruise kebiasaanya mengikut sungai Volga ini untuk memberikan pemandangan landskap yang menakjubkan untuk para pelancong, termasuk gunung, lembah, dan tasik buatan manusia.
bandar Kazan adalah salah satu bandar terbesar di Rusia yang terletak di sebelah kanan Sungai Volga. Disamping itu, Bandar ini mempunyai banyak tarikan pelancongan yang menarik, termasuk masjid Qolşärif yang indah.
4. Sungai Amur

Sungai Amur atau dikenali sebagai sungai yang terpanjang di asia timur. Tahukah anda? Sepanjang perjalanan sungai Amur ini membolehkan anda untuk melihat keindahan semula jadi dari Siberia dan kehidupan liar seperti harimau Siberia, beruang coklat, dan beruang kutub.
Sungai Amur juga memainkan peranan penting dalam kehidupan penduduk di sepanjang tepian sungai ini dan menjadi tarikan pelancongan yang menarik bagi mereka yang ingin menikmati keindahan alam semulajadi di Asia Timur.
????????? ????? ????????? ????????? ?? ???? ?????? ??? ???????? ?????????? ?????? ??????? ????????? ?????? ?????????? ????????!
Untuk Maklumat lanjut anda boleh hubungi nombor yang tertera dibawah:-
.
Customer Service: 018-9624322
Konsultan utama: 013-2090322 (Tuan Syed)
Konsultan Daulah: 018-3845685
#medical #luarnegara #spm #asasi #diploma #yuranmurah #universitidiiktiraf
Kuota Adalah Terhad, Siapa cepat dia dapat! Hubungi kami sekarang konsultasi adalah “PERCUMA”