Filem “Sewu Dino” ini adalah filem yang berunsurkan “Horror” Indonesia. Filem ini adalah karya terbaru Kimo Stamboel, Kisah ini juga dikatakan lebih menyeramkan berbanding cerita KKN desa penari (2022).
Filem Sewu Dino ini ditayangkan di pawagam Malaysia pada 20 Apr 2023 manakala untuk di indonesia pada 12 April 2023 dan durasi filem tersebut selama 121 Minit.
cerita ini sangat popular kerana adegan baris pelakon-pelajar yang hebat dan jalan cerita yang sangat menyeramkan.
Ini adalah antara barisan-barisan pelakon Sewu Dino :-
- Gisellma Firmansyah sebagai Della Atmojo
- Mikha Tambayong sebagai Sri
- Givina Lukita Dewi sebagai Erna
- Karina Suwandhi sebagai Karsa Atmojo
- Agla Artalidia sebagai Dini
- Rio Dewanto sebagai Sugik
- Marthino Lio sebagai Sabdo kunchoro
- Pritt Timothy sebagai Mbah Tamin
- Maryam Supraba sebagai Minah
- Delia Husein sebagai Jum
- dan barisa pelakon yang lain
Filem ini telah diangkat dari kisah nyata oleh Kino stamboel yang terjadi pada tahun 2001. berdasarkan kisah di twitter simple man ini telah menjelaskan kisah seram ini yang ia dapat daripada seseorang yang dirahsiakan orang tersebut.
Sewu Dino ini telah menceritakan kisah seorang perempuan yang bernama SRI yang telah mengalami masalah ekonomi, Sri terus berusaha mencari kerja kerana dia perlukan duit yang banyak untuk beli ubat-ubatan ayahnya yang lagi sedang sakit.
Sri telah ditawarkan untuk bekerja di sebuah rumah keluarga atmojo dengan bayaran yang sangat tinggi, lalu srs terus menerima pekerjaan tersebut. selain itu, Sri diterima kerja disitu bukan disebabkan idia boleh melakukan pekerjaan , tapi disebabkan dia lahir di hari jumaat kliwon.
Sri tidak bekerja dengan keluarga atmojo seorang diri , sri ditemani oleh 2 orang wanita yang lain yang bernama erna dan dini. Mereka telah dibawa didalam hutan untuk menuju ke sebuah rumah kayu yang tersembunyi jauh ke tengah hutan, Selepas mereka sampai di destinasi , baru mereka diberitahu untuk tugas sebagai menjaga dan memandikan Della Atmojo.
Della Atmojo ini merupakan cucu dari Mbah karsa yang telah dirasuk dan tidak dapat menyedarkan diri , Della atmojo dirasuk oleh roh jahat yang bernama Sengarturih. Terjadinya Della seperti itu kerana ada kutukan Santau yang sangat menyeramkan yang dipanggil sebagai santau Sewu Dino. Jadi tugas mereka bertiga adalah untuk menjaga adella selama 1000 hari untuk sempurnakan Ritual tersebut.
Mereka bertiga ada perjanjian dengan Mbah karso dimana mereka tidak boleh melanggar perjanjian tersebut dengan melarikan diri sebelum tibanya hari 1000, jika mereka melanggar peraturan tersebut mereka akan mati, nyawa mereka ditaruhkan sebagai ganti.
Wow! seramkan korang? mereka bertiga kena selesaikan Ritual tu hingga hari ke-1000. Kalau korang berani tak? Boleh komen dibawah apa yang korang rasa tentang sewu dino ni.
Insyallah nanti admin akan kongsikan lagi berkenaan sinopsis-sinopsis cerita yang lebih menyeramkan untuk anda!
Weekend ni boleh la pergi wayang layan Sewu Dino ni, masukkan cerita ni dalam wishlist korang hehehe.