Kenali Tips untuk Anak Anda Lebih Berdikari pada Usia Muda

0
268

Pada usia muda, kanak-kanak yang aktif sudah mula belajar melakukan sesuatu perkara dengan sendirinya sesuai dengan perkembangan mereka. Apabila anak sudah mula berdikari, ini akan mempersiapkan mereka dengan kehidupan seharian dan pada masa hadapan. Oleh itu, ibu bapa sewajarnya sentiasa memberi sokongan dan kepercayaan kepada anak agar mereka lebih yakin untuk membuat keputusan sendiri. Berikut adalah beberapa tips yang dapat membantu anak anda menjadi lebih berdikari.

1. Beri mereka masa untuk menyelesaikan sesuatu

Apabila anak anda mula untuk melakukan sesuatu dengan sendiri, beri mereka peluang dan masa untuk menyelesaikan perkara tersebut. Ibu bapa boleh membantu mereka untuk berfikir dengan kreatif  dan memberi idea cara untuk mengatasi masalah tersebut. Ini akan menolong perkembangan otak mereka dan meningkatkan keyakinan diri.

BACA JUGA :   Tips Panduan Berjimat Cermat 2018

2. Biarkan mereka membuat keputusan

Beri anak anda peluang untuk membuat keputusan dalam hal-hal yang sesuai dengan usia mereka. Misalnya, memilih baju mereka sendiri atau makanan yang mereka sukai di antara beberapa pilihan yang anda berikan. Ini akan membuatkan mereka rasa lebih bertanggungjawab dengan pilihan yang mereka buat.

3. Wujudkan persekitaran mesra kanak-kanak

Persekitaran yang mesra kanak-kanak memudahkan untuk mereka boleh melakukan beberapa aktiviti tanpa perlu pertolongan orang dewasa. Contohnya, penggunaan cawan dan pinggan plastik supaya mereka boleh ambil tanpa ada risiko pecah. Selain itu, letakkan kerusi kecil di hadapan singki supaya mereka boleh mencuci tangan dan pinggan sendiri.

4. Berikan pujian dan dorongan 

Jangan lupa untuk memberikan pujian kepada anak saat mereka berjaya untuk menyelesaikan sesuatu perkara tersebut. Apabila anda kerap meletakkan penghargaan kepada anak, ini akan meningkatkan kepercayaan diri mereka. Walaupun, tidak semua perkara selesai dalam satu masa, tetaplah mendorong mereka agar mereka sentiasa mencuba menjadi anak yang berdikari.

BACA JUGA :   Fakta dan Pentingnya Interaksi Awal

Membantu anak untuk menjadi lebih berdikari adalah proses yang tidak mudah dan memerlukan banyak perhatian daripada ibu bapa. Dengan bimbingan dan dorongan yang tepat, anak anda akan mula melangkah ke arah menjadi lebih berdikari pada masa akan datang. Semoga tips yang dikongsi dapat menjadikan anak anda lebih berdikari.

Tiktok: winkybabyy
Instagram: winkybabyy_
Facebook: Winky Baby
Email: winkybaby23@gmail.com
Pejabat: 03-92851322
Khidmat Pelanggan: 011-57656445

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here