Nampaknya calon-calon SPM 2022 sudah mula tidak senang duduk kerana keputusan SPM dah sangat dekat jadi banyak adik-adik yang bertanya apa persediaan yang patut dilakukan sebelum mengambil keputusan SPM. Apa ye? Bangun pagi, mandi, pergi sekolah dan ambil keputusan, tu je lah persediaan yang patut dilakukan? hehe.

  • Berdoa sebanyak yang mungkin

Selagi keputusan masih belum dikeluarkan, masih banyak peluang kita untuk berdoa kepada Tuhan. Doa lah apa yang kita mahu. 11A? 10A? 9A? Keputusan cemerlang? Lulus? 11A+? Apa sahaja. Jangan malu untuk berdoa.

  • Muhasabah diri

Fahami apa jua keputusan yang kita bakal dapat tu mesti ada hikmah di sebaliknya. Melainkan kalau kamu mempunyai kepercayan yang berbeza dari saya lah. Fikirkan apa kemungkinan yang menjuruskan keputusan kita menjadi sangat bagus dan sebaliknya. Ini untuk mengelakkan kejutan pada diri sendiri bila keputusan yang kita dapat tu di luar jangkaan. Ini personal opinion ok, jangan ambil bulat-bulat, kalau korang tak setuju, no problem!

Tak Tahu Nak Sambung Belajar Dekat Mana? Daulah Educonsult Akan Bantu Anda

  • Bersedia untuk menerima apa saja

Siap sedia diri anda untuk menerima apa sahaja pada hari kejadian. Pada saat ini kita kena sentiasa ingatkan minda kita untuk menerima keputusan SPM tu tak kira apa pun. 1A ke 2A ke 3A ke terima sahaja. Kalau perlu, boleh lakukan tindakan susulan seperti meminta kertas diperiksa semula kalau PERLU. Rasanya paper BM je yang boleh buat macam tu kot? Tak pasti sangat kena tanya cikgu nanti. Tapi seeloknya terimalah keputusan dengan hati terbuka tu ok?

  • Tidur dan rehat yang cukup

Ini sangat penting untuk memastikan persediaan mental dan fizikal dalam keadaan baik. Jangan pula pengsan 5 minit sebelum nama dipanggil untuk mengambil keputusan nanti. Jangan pula tiba-tiba jadi gila sehari sebelum ambil keputusan sebab takut sangat, kan? Relaks dan chill lah. 🙂

BACA JUGA :   NAK BELAJAR LUAR NEGARA TAPI BIMBANG TAKTAHU BAHASA DISANA? APA NAK BUAT?

Apa-apa pun semoga mendapat keputusan yang diidamkan ye adik-adik semua. Share lah keputusan nanti.

Berminat untuk sambung belajar di luar negara? Jangan lepaskan peluang keemasan ini, kuota adalah terhad! Terbuka untuk pelajar lepasan SPM, STPM, ASASI, MATRIKULASI, IGCSE, O-Level dan Setaraf. Lakukan pendaftaran dengan segera!

Facebook : Daulah Educonsult
Youtube : Daulah Educonsult
Email : daulahmedic@gmail.com
Pejabat : 03-92851322
Khidmat Pelanggan : 018-9624322
Konsultan Utama : 013-2090322 (Tuan Syed)
Konsultan : 010-8694840

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here