Keselamatan bayi adalah perkara yang perlu menjadi keutamaan kepada seluruh ibu bapa. Bayi yang aktif mudah terdedah kepada bahaya dan kemalangan kecil di luar dan di dalam rumah, jika tiada perhatian dan pengawasan yang baik daripada ibu bapa. Oleh itu, penting untuk ibu bapa mengambil langkah awal untuk mencegah sebarang kemalangan daripada berlaku. Dalam artikel ini, kami akan memberikan beberapa tips yang berguna bagi menjaga keselamatan bayi di dalam dan luar rumah anda.

  • Pengawasan aktif

Pastikan bayi anda sentiasa ada dalam pengawasan dan lingkungan pandangan anda. Jangan biarkan bayi bersendirian tanpa pengawasan daripada ibu bapa atau penjaga di tempat yang bahaya untuk bayi. Contohnya di tangga rumah, meja tinggi dan berbucu boleh mencederakan dan menyebabkan luka pada bayi.  Oleh itu, penting untuk ibu bapa sentiasa berada dekat dengan bayi dan memperhatikan gerak-geri mereka.

  • Persediaan dalam rumah

Ibu bapa juga perlu memastikan benda-benda yang membahayakan bayi di rumah anda disimpan dengan baik di tempat yang tidak mudah dicapai oleh bayi. Misalnya, simpan peralatan elektrik di kabinet yang tinggi dan sembunyikan kabel elektrik di kawasan yang tertutup. Elakkan mainan bayi yang kecil untuk mengurangkan risiko bayi tertelan mainan tersebut.

  • Penggunaan kerusi bayi dan tali pinggang

Apabila membawa kenderaan bersama bayi gunakan kerusi yang sesuai dengan berat dan umur mereka. Selalu pastikan bahawa kerusi kenderaan bayi telah dipasang dengan betul dan pasangkan tali pinggang kalendar. Hal ini penting bagi mengurangkan risiko kecederaan dan bahaya di jalan raya.

  • Penyimpan produk berbahaya

Produk-produk berbahaya seperti ubat-ubatan, produk pembersihan atau bahan kimia lain perlulah disimpan di tempat yang tidak dapat diakses oleh bayi. Simpan produk tersebut di tempat yang tinggi atau almari yang boleh dikunci. Hal ini untuk menghindarkan bayi daripada terkenanya keracunan dan perkara bahaya lain yang tidak diingini daripada berlaku.

BACA JUGA :   Tips Hebat Untuk Elakkan Anak Menangis Sebelum Masuk Sekolah!

Keselamatan bayi adalah tanggungjawab utama setiap ibu bapa. Dengan mengikuti tips yang dikongsi di atas, ibu bapa dapat membantu mengelakkan kecederaan pada bayi daripada berlaku dan menjaga keselamatan bayi dengan baik. Lebih baik mencegah daripada merawat, oleh itu, buat persediaan terlebih dahulu sebelum menyesal di kemudian hari.

Tiktok: winkybabyy
Instagram: winkybabyy_
Facebook: Winky Baby
Email: winkybaby23@gmail.com
Pejabat: 03-92851322
Khidmat Pelanggan: 011-57656445

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here