Penggunaan lampin sememangnya suatu keperluan yang wajib untuk ibu bapa perlu ada. Namun, secara umumnya ibu bapa baharu akan tertanya-tanya “berapa umur yang maksimum untuk anak mereka berhenti daripada memakai lampin?”. Pertanyaan ini sulit untuk dijawab kerana umur anak untuk penggunaan lampin berbeza untuk semua orang. Pengendalian anak kecil untuk membuang air sememangnya masih lemah dan perkara ini boleh dilatih oleh ibu bapa sendiri. Setiap bayi mengalami perkembangan yang berbeza-beza, oleh itu ibu bapa sendiri perlu cakna kepada perkembangan anak untuk mula berhenti menggunakan lampin.

Faktor umur

Untuk faktor umur, sebenarnya tiada jawapan yang tepat untuk hal ini, tetapi sebahagian besar ibu bapa sepakat mengatakan bahawa pengunaan lampin untuk anak boleh mula diberhentikan pada umur anak mencecahkan tiga tahun.

BACA JUGA :   Faktor makanan yang boleh menyebabkan kahak pada kanak-kanak

Penggunaan tandas latihan

Pada umur tiga tahun, ibu bapa boleh perlahan-lahan memberi panduan untuk anak menggunakan tandas latihan terlebih dahulu. Latihan penting untuk memastikan anak boleh berdikari dalam usia yang muda. Meskipun begitu, terdapat anak yang memerlukan waktu lebih lama untuk menyesuaikan diri untuk belajar buang air tanpa lampin.

Pemakaian lampin sewaktu tidur

Sewaktu ibu bapa melatih anak untuk menggunakan tandas latihan, pemakaian lampin masih diperlukan sewaktu bayi tidur di petang dan malam hari. Pemberhentian penggunaan lampin untuk anak secara serta merta bukanlah jalan yang betul dalam proses latihan ini.

Sokongan dan bimbingan ibu bapa

Proses ini memerlukan kesabaran, sokongan dan kosistensi ibu bapa untuk mendidik anak menjadi lebih berdikari. Anak anda juga mungkin akan melakukan kesilapan dan terlepas kendali pada awal pembelajaran, namun penting untuk ibu bapa kekal tenang dan memberi dorongan supaya mereka tetap yakin dan tidak takut untuk belajar.

BACA JUGA :   Sambut Bayi Baharu, Ini Antara Perkara Ibu Dan Bapa Perlu Tahu

Penting untuk diingatkan bahawa setiap anak berkembang dengan kecepatan yang berbeza, oleh itu, umur bukanlah penentu untuk menghalang anak untuk memakai lampin. Sebagai ibu bapa, sewajarkan perhatikan tanda-tanda anak bersedia untuk menggunakan tandas dan tidak memaksa mereka jika mereka belum bersedia lagi. Dengan perhatian dan bimbingan yang tepat, anak anda akan menguasai penggunaan tandas dengan sendiri. Jika anda mempunyai kerisauan yang lebih lanjut, sebaiknya anda berhubung dengan doktor yang lebih pakar.

Tiktok: winkybabyy
Instagram: winkybabyy_
Facebook: Winky Baby
Email: winkybaby23@gmail.com
Pejabat: 03-92851322

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here