Kesihatan gigi dan gusi anak merupakan aspek yang sangat penting dalam menjaga kesihatan dan perkembangan hidup mereka. Sekiranya anak mendapat masalah gigi dan gusi, ianya dapat memberi kesan yang tidak bagus pada pertumbuhan, serta kesihatan hidup mereka secara keseluruhan. Penjagaan gigi yang baik daripada awal dapat membantu mencegah masalah gigi dan gusi di masa depan, serta memastikan anak tumbuh dengan gigi yang kuat dan sihat. Artikel ini akan membahaskan beberapa tips untuk menjaga kesihatan gigi dan gusi anak bagi mengelakkan masalah gigi dan gusi daripada berlaku

Pembersihan gusi sebelum gigi tumbuh

Mulailah kebiasaan membersihkan gigi anak sejak awal, bahkan sebelum gigi pertama muncul. Walaupun gigi belum tumbuh, gusi anak perlu dibersihkan sekurang-kurangnya dua kali sehari bagi asas penjagaan gigi yang kuat. Gunakan kain yang lembut atau berus gigi khusus untuk bayi bagi mengelakkan kecederaan pada gusi bayi.

Menggosok gigi secara teratur

Setelah gigi anak mulai tumbuh, bimbing anak untuk menggosok gigi dengan betul dan pastikan mereka menggosok gigi mereka selama dua minit setiap kali, sekurang-kurangnya dua kali sehari. Anak-anak sebaiknya menggosok gigi dengan menggunakan berus gigi yang lembut dan sesuai dengan usia mereka bersama ubat gigi yang mengandung fluoride.

BACA JUGA :   6 TIPS MELANCONG MUDAH YANG ANDA WAJIB IKUT!

Perhatikan pola makan

Kurangkan pengambilan makanan dan minuman yang manis, serta berikan makanan yang berkhasiat seperti makanan berkalsium, buah-buahan dan sayuran kepada anak anda. Ia dapat membantu menguatkan dan menjaga kesihatan gigi dan gusi anak pada jangka masa yang lama. Makanan dan minuman yang manis, terutama gula-gula dan minuman bergas tidak bagus untuk kesihatan anak jika diambil secara berlebihan . Hal ini kerana, jika ibu bapa berterusan memberi anak untuk mengambil makanan dan minuman yang manis, anak berisiko tinggi untuk mendapat masalah gigi.

Lakukan pemeriksaan gigi 

Ibu bapa sewajarnya membawa anak untuk melakukan pemeriksaan gigi bersama doktor dengan kerap di hospital atau klinik gigi, setidaknya setiap enam bulan sekali. Mengajarkan anak untuk melakukan pemeriksaan gigi secara rutin sejak usia muda dapat mendidik anak untuk menjaga gigi dan gusi mereka dengan lebih baik. Ia juga dapat membantu mencegah masalah gigi dan gusi anak yang lebih serius.

Berikan contoh yang baik

Ibu bapa seharusnya menjadi contoh yang baik kepada anak- anak dengan menjaga kesihatan gigi dan gusi mereka sendiri. Ini kerana, anak-anak lebih cenderung untuk meniru apa yang mereka lihat dari ibu bapa mereka. Oleh itu, penting untuk ibu bapa menunjukkan gaya hidup yang sihat untuk menjaga gigi dan gusi mereka sendiri. Ajarkan anak tentang  pentingnya menjaga kesihatan gigi supaya mereka memahami akan kepentingan gigi untuk menjalani setiap hari dengan sihat.

BACA JUGA :   Penyakit ‘Kawasaki’ dalam Kalangan Kanak-Kanak COVID-19

Pentingnya kesihatan gigi dan gusi anak tidak boleh diabaikan oleh ibu bapa. Dengan menjaga kesihatan gigi dan gusi anak, kita dapat mencegah masalah gigi yang lebih serius, menyokong pertumbuhan dan perkembangan yang baik. Penjagaan gigi yang baik sejak anak masih kecil dapat mencegah masalah gigi dan gusi di masa depan, serta memastikan anak tumbuh dengan gigi yang kuat dan sihat. Melalui tips yang dikongsi, semoga ibu bapa dapat memastikan anak-anak mereka memiliki senyuman yang sihat dan bahagia sepanjang hidup mereka.

Tiktok: winkybabyy
Instagram: winkybabyy_
Facebook: Winky Baby
Email: winkybaby23@gmail.com
Pejabat: 03-92851322
Khidmat Pelanggan: 011-57656445

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here