Penggunaan gadget yang berlebihan pada anak memberi kesan yang negatif terhadap perkembangan mereka. Pemantauan ibu bapa sangat penting untuk memastikan anak menggunakan gadget dengan memadai.  Berikut adalah beberapa tips bagi mengelakkan penggunaan gadget yang berlebihan hingga menyebabkan bahaya untuk anak anda:

1. Beri mereka tugasan atau aktiviti lain

Sediakan alternatif lain sebagai pengganti kepada gadget yang digunakan oleh anak. Contoh tugas atau aktiviti yang boleh anda berikan kepada anak anda adalah melipat pakaian yang kecil, bermain basikal atau membaca buku . Tugasan yang diberikan akan membuatkan anak anda sibuk dan kurang masa untuk menggunakan gadget

2. Luangkan masa untuk anak anda

Berinteraksi dengan anak anda secara lansung dengan tanpa adanya gangguan gadget. Apabila ibu bapa meluangkan masa bermain bersama mereka, mereka akan lupa akan gadget dan merasa lebih gembira bermain bersama keluarganya. Ibu bapa juga dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan bersama anak.

BACA JUGA :   Travel Dengan Anak-Anak Kecil? Ini Dia Tips Super Untuk Anda

3. Elak penggunaan gadget dihadapan anak

Anak-anak cenderung untuk meniru semula perbuatan yang dilakukan oleh ibu bapa. Oleh itu, ibu bapa sewajarnya menjadi contoh yang baik kepada anak dan kurangkan penggunaan gadget di hadapan anak anda. Banyakkan bermain bersama anak anda dan berkomunikasi dengan anak anda secara lansung.

4. Menghadkan waktu penggunaan gadget

Tetapkan satu tempoh 2-3 jam sahaja waktu untuk anak menggunakan gadget pada setiap hari. Lakukan peraturan ini secara konsisten agar anak faham dan terbiasa dengan peraturan ini. Jelaskan pada mereka berkaitan bahaya penggunaan gadget terlalu lama supaya mereka lebih mudah menerima peraturan ini. Penting juga untuk mereka kekal aktif dalam aktiviti fizikal, mental dan rohani, oleh itu pembahagian masa kepada aktiviti lain yang berfaedah juga penting.

BACA JUGA :   5 Tips Study Last Minute Sehari Sebelum Exam

Dengan mencuba tips yang dikongsi di atas, ibu bapa dapat membantu anak untuk mengelakkan penggunaan gadget yang berlebihan. Gadget tidak sepenuhnya negatif pada semua, namun jika disalahgunakan akan memberi kesan yang buruk pada anda. Oleh itu, penting untuk ibu bapa membimbing anak-anak mengembangkan minat di luar dunia digital dan menyeimbangkan pengunaan teknologi dan aktiviti lain.

Tiktok: winkybabyy
Instagram: winkybabyy_
Facebook: Winky Baby
Email: winkybaby23@gmail.com
Pejabat: 03-92851322

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here