PENGHANTARAN PELAJAR VETERINAR KE INSTITUT PERTANIAN BOGOR, INDONESIA SESI 2023

0
520

Siapa kat sini yang suka dengan haiwan? pencinta haiwan ? cuba komen kat bawah.

mesti diantara adik-adik diluar sana berkeinginan untuk jadi doktor veterinar kan? Dapat merawat haiwan kesayangan di luar sana , berikan belaian kasih sayang dan jaga mereka.

Pernah terfikir tak dalam masa yang sama untuk belajar dalam bidang veterinar tapi nak belajar di luar negara? orang kata merasai dan mencipta pengalaman baru .

Adik-adik pernah dengar tak “INSTITUT PERTANIAN BOGOR, INDONESIA” ? Takpernah? Meh sini admin kongsikan kepada adik-adik apa yang ada di IPB, Indonesia ni okay.

INSTITUT PERTANIAN BOGOR, INDONESIA

IPB ini ditubuhkan pada 1 September 1963, Pada mulanya IPB ini ditubuhkan sebagai tindak balas keperluan pendidikan tinggi dalam bidang pertanian dan pengurusan sumber asli di Indonesia. Selain dari itu, IPB juga ada menawarkan bidang Sains kesihatan iaitu bidang Veterinar.

Universiti ini adalah universiti utama yang terletak di Bogor, Jawa Barat Indonesia. Universiti ini terkenal dengan kehijauan yang subur dan persekitaran yang kondusif untuk pembelajaran

IPB menawarkan pelbagai program sarjana muda, siswazah dan kedoktoran dalam pelbagai bidang antaranya program sains veterinar sebagai sebahagian daripada tawaran akademik. Program ini bertujuan untuk melatih pelajar menjadi doktor haiwan yang mahir yang boleh mendiagnosis, merawat, dan mencegah penyakit pada haiwan. Pelajar dalam program ini menerima pendidikan komprehensif dalam kesihatan haiwan, anatomi, fisiologi, patologi, pembedahan, farmakologi dan banyak lagi.

BACA JUGA :   5 Universiti di Bangladesh yang Ditawarkan Oleh Daulah Educonsult

menarik kan? bidang yang ditawarkan di IPB ni. Nak tengok tak pelajar kami baru-baru ini terbang ke IPb untuk melanjutkan pengajian bidang veterinar dengan tempoh pengajian 4 tahun.

Selain dari itu, pelajar-pelajar juga dapat berjalan-jalan ke tempat menarik yang ada di bogor, ha! orang kata boleh belajar sambil melancong . Jom admin kongsikan serba sedikit pengalaman dan gambar pelajar di IPB.

dibawah adalah tempat tempat menarik yang boleh pelajar kunjungi di bogor.

  1. Taman Safari 

Ini adalah bahagian yang sangat terkenal di bogor iaitu Taman Safari, di mana anda boleh naik melihat haiwan dengan menaiki kereta atau menggunakan bas yang disediakan oleh pihak taman safari untuk melihat haiwan-haiwan seperti singa, harimau, gajah, zebra,zirafah, dan banyak lagi . Selain dari itu, di taman safari juga terdapat Safari Malam, Pertunjukkan haiwan, Pusat Primata, Reptil & Akuarium, Pusat informasi dan ada juga Restoran & Area Makan.

BACA JUGA :   Kelebihan Sambung Belajar di Vistula University

gambar pelajar kami di Taman Safari

 

kepada pecinta haiwan boleh datang kesini. bukan itu sahaja tau, banyak lagi tempat-tempat menarik di ipb yang boleh anda kunjungi.

INTAKE DI IPB

Kemasukan ke IPB ini setahun sekali sahaja iaitu pada bulan september . Setiap kemasukan berdasarkan KUOTA , jadi siapa cepat dia dapat!

Ini saya kongsikan kepada anda gambar pelajar:

 

 

 

 

 

 

 

 

Gereja Santa Maria Diangkat ke Surga

Team Daulah Educonsult juga telah berkunjung ke gereja di Jakarta, Gereja Santa Maria Diangkat ke Surga.

Dah baca artikel di atas, mesti sekarang anda berminat untuk sambung belajar di luar negara kan? Jangan lepaskan peluang keemasan ini, kuota adalah terhad! Terbuka untuk pelajar lepasan SPM, STPM, ASASI, MATRIKULASI, IGCSE, O-Level dan Setaraf. Lakukan pendaftaran dengan segera!

Untuk makluman lanjut, Anda boleh hubungi kami !!

📞Pejabat: 03-92851322
📞Konsultan Utama: 013-209 0322 (tuan syed)
📞Khidmat Pelanggan: 018-962 4322
📞Konsultan Daulah: 016-417 6079

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here