Hari Jumaat adalah hari yang mulia di sisi umat Islam. Ini kerana, terdapat banyak hadith yang menceritakan berkaitan kelebihan yang ada padanya. Di antaranya, apa yang boleh kami nyatakan adalah:

  • Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

الصَّلَاةُ الْخَمْسُ، وَالْجُمْعَةُ إِلَى الْجُمْعَةِ، كَفَّارَةٌ لِمَا بَيْنَهُنَّ، مَا لَمْ تُغْشَ الْكَبَائِرُ

Maksudnya: “Solat lima waktu, Jumaat kepada Jumaat berikutnya merupakan kaffarah (penghapus dosa) di antara keduanya selagimana tidak melakukan dosa besar.” [Riwayat Muslim (233)]

 

Imam al-Nawawi menyatakan setiap yang disebut di dalam hadith tersebut boleh menghapuskan dosa sekiranya terdapat dosa kecil untuk dihapuskan. Sekiranya tidak terdapat dosa kecil atau besar maka akan dicatat baginya kebaikan dan diangkat darjatnya. Sekiranya terdapat dosa besar dan tidak terdapat dosa kecil, mudah-mudahan perkara tersebut dapat meringankan dosa besar yang dilakukan. [Lihat: al-Minhaj, 3/113]

Tambahan pula, hari Jumaat adalah penghulu segala hari ada diriwayatkan juga oleh Ibn Majah daripada riwayat Abi Lubabah. Selain itu, Ibn Jarir juga ada meriwayatkannya di dalam tafsirnya dan begitu juga Ibn Abi Syaibah daripada riwayat Said bin al-Musayyib secara mursal dengan sanad yang sahih.

BACA JUGA :   2555 Kes Pulih COVID-19.

Di samping itu, al-Thabarani juga meriwayatkannya di dalam al-Awsath daripada riwayat Anas bin Malik dan al-Hakim pula meriwayatkannya daripada riwayat Abu Hurairah RA. Manakala, Imam al-Baihaqi meriwayatkannya di dalam al-Syu’ab daripada ucapan Abdullah bin Mas’ud dengan sanad yang sahih.

Salam Jumaat Dari Admin Deenamik?

Hubungi nombor yang tentera dibawah untuk maklumat lebih :
Customer Service: bit.ly/konsultandaulah-e
Konsultan Daulah: https://bit.ly/Konsultan-IK

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here