Pencapaian Malaysia ke Piala Dunia Hoki 5S sangat menakjubkan, kerana persiapan mereka sangat disiplin dan kekuatan fizikal dan mental
Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), Dato’ Seri Subahan Kamal menyuarakan rasa bangga dengan pasukan Malaysia oleh setiap pemain negara yang mengharumkan nama negara dalam kancah saingan itu di Muscat, Oman pada Selasa.
Sehubungan dengan itu, meskipun gagal menjuarai kejohanan sulung Piala Dunia itu pencapaian ke final sudahpun mencatat satu sejarah, terutamanya pasukan terbabit tampil dengan pelbagai kekurangan dalam menghadapi saingan di Muscat, Oman.
Belanda adalah sememangnya sebuah pasukan pilihan para penonton yang terlalu kuat untuk dihadapi, skuad negara ketinggalan seawal minit pertama menerusi jaringan Van Der Drift Yannick, namun kapten, Mohamad Akhimullah Anuar Esook yang berada dalam skuad emas Olimpik Remaja 2018, menyamakan kedudukan seminit kemudian Keputusan Penuh iaitu Netherlands 5 Vs Malaysia 2. Netherlands menjadi Juara di Piala Dunia Hoki 5S dan Malaysia menjadi Naib Juara pada Series kali ini.
Admin rasa Pasukan Hoki Malaysia akan datang menjadi pasukan terbaik di Dunia dan menjadi Pasukan gergasi di dunia. Admin mendoa kan supaya pencapaian Pasukan Hoki Malaysia akan teruskan semangat dan menjuarai Piala Dunia Hoki 5S akan datang. Tahniah diucapkan buat para-para Pasukan Hoki Malaysia.