Siapa dekat sini pengemar haiwan? sebulan sekali mesti kena pergi zoo sebab nak tengok haiwan . Cuba komen dekat bawah hehe!
Korang bercita-cita nak jadi doktor haiwan ke? nak merawat haiwan-haiwan? atau berkeinginan nak jadi volunteer penjaga zoo?
Taksusah pun nak jadi doktor vet ni kalau korang dah ada minat dari kecil nak jadi doktor haiwan, cuma dari sekarang korang kena plan hala tuju selepas spm tu macam mana, sebab tetapkan hala tuju tu penting untuk tahu minat dan cita-cita .
So hari ni admin nak kongsikan sikit apa yang ada di taman safari, bogor indonesia . Mana tahu ada yang nak bercuti di bogor so boleh masukkan taman safari in your list hehe.
Pintu masuk taman safari ni sahaja dah menarik perhatian pelancong dekat suasana dan design yang cantik. Taman Safari Bogor adalah salah satu destinasi wisata yang terkenal di Indonesia, terletak di Cisarua, Bogor, Jawa Barat.
Apa yang ada dalam Taman safari bogor ni? Sama ke macam dalam Zoo dekat malaysia? Walaupun kedua-dua tempat menarik ini menampilkan haiwan-haiwan tapi ada beberapa perbezaan .
1. Konsep dan pengalaman
Taman Safari Bogor ialah taman safari semula jadi yang membolehkan pelacong-pelancong menerokai habitat separa bebas haiwan liar menggunakan kereta atau bas safari. Pengunjung boleh melihat haiwan itu dari dekat dalam persekitaran yang menyerupai habitat semula jadi mereka.
Zoo Negara Malaysia merupakan zoo tradisional yang mempunyai pelbagai kandang dan kawasan pameran haiwan untuk tatapan pengunjung dan di Zoo Negara pelancong boleh berjalan kaki untuk melihat setiap haiwan yang berada di dalam kandang dan juga boleh menaiki kenderaan zoo untuk menerokai kandang haiwan yang lain.
2. Interaksi dengan Haiwan
Di Taman Safari Bogor, pengunjung boleh berinteraksi secara langsung dengan beberapa haiwan di kawasan yang interaktif, seperti memberi makan burung kecil atau mengambil gambar dengan haiwan tertentu.
Di Zoo Negara Malaysia, interaksi langsung dengan haiwan adalah terhad dan secara amnya tidak dibenarkan demi keselamatan para pengunjung tetapi para pelancong boleh berinteraksi dengan haiwan yang tertentu sahaja seperti burung , rama-rama, dan lain-lain lagi .
Saiz dan Keluasan
- Taman Safari Bogor mempunyai kawasan yang lebih besar daripada Zoo Negara Malaysia. Oleh itu, pengunjung dapat merasai sensasi berada di alam liar apabila melintasi habitat separuh bebas haiwan ini.
- Zoo Negara Malaysia, mempunyai keluasan lebih kurang 110 hektar dan menyediakan habitat kepada lebih 5,000 haiwan pelbagai spesies. Dengan keluasannya yang luas, zoo ini menyediakan ruang yang cukup untuk pelbagai kandang, kawasan pameran dan habitat yang menyerupai persekitaran semula jadi haiwan.
Lokasi
- Taman Safari Bogor terletak di Cisarua, Bogor, Jawa Barat, Indonesia, manakala Zoo Negara Malaysia terletak di Ulu Klang, Kuala Lumpur, Malaysia. Ini menjejaskan kebolehcapaian dan jenis haiwan yang dipamerkan di setiap tapak.
Menarikkan? kalau anda yang dari indonesia atau negara lain yang menjadi pelancong di malaysia boleh cuba untuk datang ke Zoo negara Malaysia , pasti anda akan terpegun dengan keindahan dan kecomelan haiwan-haiwan. Begitu juga dengan warga malaysia yang berkeinginan untuk melancong ke bogor boleh cuba pergi taman safari untuk menikmati kecantikkan suasana dan design serta kecomelan haiwan-hawain.
Nak study abroad? tapi taktahu nak daftar dan sebagainya? hubungi nombor yang tertera dibawah untuk maklumat lebih lanjut!
Customer Services: 018-9624322
Konsultan Daulah: 018-3845685 (Cik zuraini)