Ramai sangat student tanya kalau sambung belajar dekat medan indonesia ni , Tempat menarik dekat sana yang boleh kita pergi dekat mana? mesti takde tempat menarik dan best boleh pergi kan? SIAPA KATA! MEDAN TAKDE TEMPAT BEST BEST! I NAK PI TARIK TELINGA DIA!

Adik-adik , Medan indonesia adalah kota yang sangat besar penuh dengan tempat pelancongan tau dan banyak tempat untuk membeli-belah! Kalau adik adik belajar di medan nanti mesti adik adik akan tahu lagi banyak tempat yang boleh pergi waktu musim cuti atau semester break! memang taknak balik malaysia dah sebab excited dengan tempat tempat menarik ni hehehe.

before saya start sharekan tempat menarik! let me share to you guys about universiti yang Daulah Educonsult tawarkan untuk anda di Medan, Indonesia. Mana tahu yang membaca ni masih buntu nak cari tempat pengajian terbaik untuk anak atau anda sendiri nak sambung study oversea dekat indonesia , Yelah kan indonesia dengan medan dekat amik masa 45 minit sahaja! kalau dari penang lagi dekat 20 minit je flight you guys!.

Universitas sumatera Utara, Medan 

Universiti yang diiktiraf penuh Agensi kerajaan Malaysia MQA, MMC, JPA, KPT,MDC dan lain-lain lagi. Pelbagai bidang yang ditawarkan (Perubatan , Pergigian & Farmasi) dan yuran juga berpatutan.

Universiti Sumatera Utara (USU) di Medan mempunyai beberapa kelebihan yang menjadikannya pilihan menarik bagi ramai pelajar. Antaranya ialah:

  1. Reputasi Akademik: USU adalah salah satu universiti terbesar dan tertua di Indonesia dengan reputasi baik dalam pelbagai bidang pengajian. Beberapa program pengajian, seperti undang-undang, ekonomi, dan kejuruteraan, terkenal dengan kualiti akademik yang tinggi.
  2. Kemudahan Kampus: Kampus USU dilengkapi dengan kemudahan moden termasuk makmal, perpustakaan, dan ruang belajar yang menyokong proses pengajaran dan pembelajaran.
  3. Lokasi Strategik: Terletak di Medan, kota terbesar di Sumatera, USU menawarkan akses mudah kepada pelbagai peluang perniagaan, industri, dan budaya yang terdapat di bandar tersebut.
  4. Kegiatan Kokurikulum: Universiti ini mempunyai pelbagai kegiatan kokurikulum dan organisasi pelajar yang aktif, memberikan peluang kepada pelajar untuk mengembangkan kemahiran kepimpinan dan bekerjasama dalam kumpulan.
  5. Komuniti Pelajar: USU mempunyai komuniti pelajar yang pelbagai dan dinamik, memberikan peluang untuk berinteraksi dengan pelbagai latar belakang dan budaya, serta membina rangkaian yang luas.
  6. Fokus kepada Penyelidikan: USU menggalakkan aktiviti penyelidikan di kalangan pelajarnya dan staf pengajar yang dapat membantu dalam pengembangan ilmu pengetahuan dan inovasi.
BACA JUGA :   Puncak Bromo Sajikan Ketenangan

Secara keseluruhannya, USU mempunyai banyak aspek positif yang dapat memberi manfaat bagi para pelajar.

Here’s some Video untuk you guys tengok! Moment kami hantar dan iringi pelajar ke Usu, medan. 

 

Let’s Talk about tempat menarik pulak! Mesti semua dah excited kan? dah tahu universiti mesti la nak tahu tempat menarik pulak kan?

Antara tempat menarik yang saya akan kongsikan dekat anda semua adalah :-

  1. Danau Toba

Danau Toba adalah sebuah tasik gunung berapi yang terletak di pulau Sumatera, Indonesia, dan merupakan salah satu tasik terbesar di dunia. selain itu, Danau Toba dan Pulau Samosir merupakan pusat budaya masyarakat Batak, yang mempunyai tradisi dan kebudayaan yang kaya. Masyarakat Batak terkenal dengan sistem kekerabatan yang kuat, seni bina rumah adat yang khas, dan upacara-upacara tradisional yang masih dipelihara hingga kini.

Danau Toba juga mempunyai pemandangan yang sangat menakjubkan dengan air tasik yang luas dan dikelilingi oleh gunung-ganang hijau. Kecantikan alam ini menjadikannya destinasi pelancongan yang popular bagi pelancong tempatan dan antarabangsa.

Nak tahu suasana di danau toba boleh tengok disini, salah satu youtuber pergi ke danau toba. You guys boleh plan dah kalau nak ke Danau toba nak buat aktiviti apa kat sana.

2. Berastagi

Berastagi adalah sebuah bandar di kawasan dataran tinggi yang terletak di Kabupaten Karo, Sumatera Utara, Indonesia yang terkenal dengan cuaca yang sejuk dan pemandangan alam yang menakjubkan.  Berastagi menawarkan pelbagai tarikan dan aktiviti yang menarik untuk para pelacong.

Area berastagi ni ada banyak tempat yang boleh you guys pergi :-

  • Gunung Sibayak (peminat hiking)Gunung Sibayak adalah salah satu gunung berapi yang aktif dan popular untuk pendakian. Anda boleh mendaki ke puncaknya untuk melihat kawah vulkanik dan menikmati pemandangan panoramik yang menakjubkan dari atas. Pendakian biasanya memakan masa sekitar 2-3 jam.
  • Pasar Berastagi (more to souvenir)Pasar ini terkenal dengan pelbagai buah-buahan segar, sayur-sayuran, dan produk tempatan. Anda boleh menemukan hasil pertanian dari kawasan sekitar, termasuk buah-buahan eksotik seperti buah markisa, salak, dan jeruk nipis. Pasar ini juga menawarkan barangan kraf tangan dan cenderamata.
BACA JUGA :   Jom Lanjutkan Pengajian Perubatan ke Peringkat Ijazah di Rusia! (Kemasukan 2022)

3. Tjong A Fie Mansion 

Tjong A Fie Mansion adalah pusat berbagai kegiatan sosial dan budaya, termasuk pertemuan bisnis, acara keagamaan, dan perayaan komunitas. Hingga kini, mansion ini sering digunakan untuk acara-acara budaya dan pendidikan, menjaga warisan yang ditinggalkan oleh Tjong A Fie.  Selain itu, Tjong A Fie Mansion berfungsi sebagai museum yang menawarkan tur edukatif tentang kehidupan dan kontribusi Tjong A Fie. Pengunjung dapat belajar tentang sejarah Medan, perkembangan ekonomi Sumatra Timur, dan peran penting Tjong A Fie dalam memperkuat hubungan antar komunitas di Medan.

4. Masjid Raya Al-Mashun

Masjid Raya Al-Mashun, atau Masjid Raya Medan ini telah dibina pada zaman Kesultanan Deli oleh Sultan Ma’mun Al Rasyid Perkasa Alam. Pembinaan masjid ini bermula pada tahun 1906 dan siap pada tahun 1909. Masjid ini direka oleh seorang arkitek Belanda, J.A. Tingdeman, yang menggabungkan pelbagai elemen seni bina seperti Timur Tengah, India, dan Eropah.

Masjid Raya Al-Mashun memiliki reka bentuk yang memadukan unsur-unsur seni bina dari pelbagai budaya. Bahagian dalam masjid dihiasi dengan kaligrafi Arab yang indah dan hiasan-hiasan khas yang menambah nuansa spiritual dan artistik. Selain dari itu, Masjdi ini terletak di pusat bandar Medan, Masjid Raya Al-Mashun menjadi salah satu mercu tanda yang mudah diakses dan sering dikunjungi, baik oleh umat Islam yang ingin beribadah mahupun oleh pelancong yang berminat dengan sejarah dan seni bina.

So macam mana? banyak kan tempat menarik dekat medan ni? tapi bukan ni je tau , banyak lagi sebenarnya . Kalau saya senaraikan dekat banyak nanti hehehe.

So dah boleh dah ni , sambung belajar dekat medan & travel berjalan jalan kalau ada cuti. Belajar sambil berjalan kan best takde stress-stress.

NAK SAMBUNG STUDY DEKAT MEDAN? TAPI TAKTAHU DEKAT MANA? UNIVERSITAS SUMATERA UTARA, MEDAN PILIHAN UTAMA ANDA!

nak tahu lebih details? hubungi konsultan dibawah untuk makluman lebih lanjut

Konsultan Zuraini : 018-3845685 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here