Tips untuk buat ‘study group’ efektif

0
165

Aktiviti study group dengan rakan anda boleh meningkatkan pembelajaran anda dan memberi anda perspektif yang lebih jelas tentang akademik kerana anda akan mengambil peluang untuk berbincang dan ulangkaji subjek dengan rakan-rakan anda dalam study group dalam persekitaran yang santai. Selain itu, dalam study group juga anda boleh membincangkan idea-idea yang menarik untuk meningkatkan kemahiran pembentangan. Ini adalah tips untuk membuatkan study group anda lebih efektif.

Jangan buat kumpulan terlalu besar

Ini adalah bukan program sosial. Tujuan utama anda hasilkan study group adalah untuk fokus pada satu-satu subjek yang anda pelajari. Kumpulan yang besar biasanya tidak akan menjadi dan akan menyukarkan anda duduk berbincang secara serius. Cuba untuk kekalkan kumpulan anda tak lebih daripada 6 orang.

Pilih tempat belajar yang tidak sesak dan tidak terganggu

BACA JUGA :   Peluang Sambung Belajar Di Bangladesh Sesi Januari 2022

Anda perlukan tempat yang boleh anda bercakap dengan selesa bersama ahli-ahli dalam kumpulan. Perpustakaan sangat tidak sesuai untuk anda duduk berbincang. Pilih mana-mana tempat yang sesuai dan selesa supaya anda tidak rasa terganggu. Elakkan memilih tempat yang membuka muzik kuat atau tempat yang sesak dengan orang ramai.

Tentukan topik yang akan anda bincangkan sebelum berjumpa dengan rakan study group

Pastikan semua orang dalam study group tahu mengenai fokus topik yang akanĀ  dibincangkan. Ini akan menjimatkan masa anda dan berbincang on the spot tentang topik tersebut.

Saling bantu membantu antara satu sama lain

Salah satu tujuan utama study group anda bukan hadir untuk bersaing dengan ahli kumpulan tetapi anda perlu menyokong satu sama lain dan belajar daripada satu sama lain. Anda akan berkongsi pendapat atau kepakaran anda.

BACA JUGA :   Fakta Menarik "Ferret"

Bertukar-tukar nombor telefon untuk komunikasi

Study group hanya akan berfungsi jika semua orang mengambil bahagian. Antaranya adalah melakukan persediaan, menepati masa dan menyumbang sesuatu yang berharga dalam bentuk perbincangan. Jika anda rasa anda tidak dapat hadir atas apa jua sebab, sangat penting untuk memberitahu rakan anda dalam group whatsapp.

NAK SAMBUNG BELAJAR LUAR NEGARA DALAM BIDANG VETERINAR TAPI TAKTAHU DI MANA

Hubungi Daulah Educonsult sekarang!

Daulah Educonsult adalah konsultan pendidikan luar negara yang berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam industri. Sekiranya anda memerlukan bantuan nasihat dan pendaftaran penempatan di universiti luar negara, anda boleh hubungi mereka untuk konsultasi lanjut.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here