UNAIR destinasi pelajar untuk bidang veterinar

0
103

Bidang veterinar atau doktor haiwan kini menjadi karier pilihan pelajar-pelajar zaman sekarang. Dan memang karier veterinar adalah karier yang dikategorikan sebagai permintaan tinggi di pasaran kerjaya.

Di Malaysia, terdapat dua buah universiti sahaja yang menawarkan bidang veterinar iaitu Universiti Putra Malaysia dan juga Universiti Malaysia Kelantan. Permohonan pelajar pada setiap tahun tinggi dan tempat pula terhad. Oleh sebab itu, ramai ibubapa bertungkus lumus mencari tempat untuk mencapai cita-cita anak mereka yang ingin menceburi dalam bidang yang diminati mereka.

Antara salah satu destinasi pilihan pelajar Malaysia untuk melanjutkan pengajian dalam bidang veterinar adalah di Universiti Airlangga (UNAIR), Indonesia.

Universiti Airlangga (UNAIR) merupakan salah satu universiti awam terkemuka di Indonesia yang terletak di Surabaya, Jawa Timur. Ditubuhkan pada 10 November 1954, UNAIR dinamakan sempena seorang tokoh sejarah Jawa, Raja Airlangga dan dikenali sebagai salah sebuah universiti yang tertua di Indonesia.

BACA JUGA :   Universiti Sumatera Utara Menjadi Pilihan Pelajar di Malaysia

Di UNAIR, mempunyai Fakulti Perubatan Veterinar (FKH) yang merupakan salah satu program yang terunggul di UNAIR. Fakulti Perubatan Veterinar di UNAIR terkenal dengan kualiti pendidikannya yang tinggi dan penyelidikan dalam bidang kesihatan haiwan. Program ini menawarkan pelbagai peringkat pendidikan bermula dari program sarjana hingga pascasiswazah (S2 & S3).

Kemudahan dan Program di FKH UNAIR:

  • Program Pengajian – menawarkan program pengaian sarjana (S1) Perubatan Veterinar dan program pascasiswazah dalam pelbagai kepakaran.
  • Kemudahan Makmal – Dilengkapi dengan makmal moden untuk menyokong penyelidikan dan praktikal termasuk makmal patologi, mikrobiologi, parasitologi dan klinik haiwan.
  • Hospital Haiwan Pengajaran (RSHP) – Tempat di mana para pelaajr menjalankan praktikal klinikal dan pembedahan di bawah pengawasan pensyarah dan pengamal.
  • Penyelidikan dan Khidmat Masyarakat – FKH UNAIR aktif dalam penyelidikan dalam bidang kesihatan haiwan termasuk penyakit zoonosis serta khidmat masyarakat melalui perkhidmatan kesihatan haiwan percuma.
BACA JUGA :   Milea : Suara Dari Dilan

FKH UNAIR adalah salah satu pilihan terbaik di Indonesia untuk pendidikan perubatan veterinar dengan alumni yang tersebar luas di seluruh negara dan berperanan dalam pelbagai bidang seperti klinik haiwan, penternakan hingga institut penyelidikan dan kerajaan.

Anda perlukan maklumat lebih lanjut mengenai tawaran program FKH di UNAIR? Hubungi konsultan pendidikan Daulah Educonsult.

SEGERA HUBUNGI DAULAH EDUCONSULT UNTUK KONSULTASI SECARA PERCUMA

Siapakah Daulah Educonsult?

Daulah Educonsult adalah agensi pendidikan yang menyediakan perkhidmatan konsultasi kepada para pelajar yang ingin melanjutkan pengajian dalam peringkat yang lebih tinggi. Sesi konsultasi adalah percuma kepada pelajar yang berminat melanjutkan pengajian ke luar negara dalam bidang yang diminati.

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi cik Farhana (011-14307825)

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here