Nak travel tapi persiapan tidak ada? Ini persiapan terbaik untuk anda!

0
73

Nak melancong ke luar negara buat kali pertama ni mesti kena ada guidance atau pergi dengan agensi travel sebab memudahkan anda untuk kenal situasi tempat baru , selain dari itu, untuk amik pengalaman dengan prosedur agensi travel . So lepasni, dah boleh pergi travel solo sebab dah ada pengalaman dan dah tahu preparation sebelum travel.

Travel ke luar negara ni adalah satu pengalaman yang menarik dalam hidup, sebab dapat merasai suasana di negara luar, worth trying for the first time in our lives. Tahu tak? persiapan awal yang baik adalah kunci untuk pastikan perjalanan kita berjalan lancar dan bebas dari masalah.

Nak tahu apa persiapan yang perlu korang buat sebelum travel?

Perancangan Kewangan

  • Tetapkan Bajet – Sebelum nak merancang perjalanan, kita kena tetapkan bajet keseluruhan termasuk dengan kos penginapan, makanan, transportation, dan aktiviti. Supaya kita dapat menguruskan perbelanjaan dengan baik sepanjang percutian.
  • Pertukaran Wang – Okay ni wajib, tukar mata wang ikut negara yang kita nak pergi atau boleh rancang gunakan kad kredit/debit, tapi biasanya orang yang travel akan tukar duit juga untuk lebih senang.
  • Insurans Perjalanan – untuk yang ni ikut pada diri masing-masing, Kelebihan travel insurans ni kalau kita amik ia dapat cover kesihatan, kecemasan, dan kehilangan barang. Insurans ini akan memberikan ketenangan fikiran sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini.

Dokumen dan Permit

  • Passport – Pastikan pasport anda sah sekurang-kurangnya enam bulan dari tarikh tamat tempoh. Semak tarikh luput passport awal sebelum tarikh fly supaya kita dapat perbaharui jika perlu.
  • Visa – Semak keperluan visa untuk destinasi anda dan apply jika perlu. Sesetengah negara memerlukan visa sebelum ketibaan, sementara yang lain mungkin memberikannya semasa ketibaan. Depends on negara tersebut.
  • Dokumen Perjalanan –Simpan salinan dokumen penting seperti pasport, visa, tiket penerbangan, dan tempahan penginapan. Anda boleh menyimpan salinan digital di dalam e-mel atau I-cloud sebagai langkah berjaga-jaga.
BACA JUGA :   Khasiat Super Minyak Tea Tree Untuk Kecantikan Wajah!

Kesihatan dan Vaksinasi

  • Vaksinasi – Semak vaksinasi yang diperlukan atau disyorkan untuk destinasi anda. Beberapa negara mungkin memerlukan vaksinasi khusus untuk masuk ke negara tersebut.
  • Ubat-Ubatan – Okay ni penting juga, bawa ubat-ubatan peribadi yang diperlukan dan ubat asas seperti pain killer, ubat cirit-birit. Pastikan ubat-ubatan tersebut dalam bungkusan asal dan secure.
  • Cek Kesihatan – Jika perlu dapatkan pemeriksaan kesihatan sebelum perjalanan. Ini penting terutama jika anda mempunyai kondisi kesihatan yang perlu dipantau.

Tempahan dan Logistik

  • Tiket Penerbangan – Tiket penerbangan anda perlu survey dan tempah awal untuk tarikh yang spesifik. Selain dari itu, kita juga perlu semak polisi penerbangan dan bagasi. Pastikan anda mempunyai e-tiket atau salinan tiket yang disahkan.
  • Penginapan & Pengangkutan – Tempah penginapan dan sahkan tempahan. Simpan maklumat hotel dan alamat untuk memudahkan perjalanan anda. selain itu, anda boleh survey pengangkutan dari lapangan terbang ke penginapan dan tempahan pengangkutan tempatan jika perlu. Boleh juga menggunakan aplikasi pengangkutan seperti Uber atau Grab jika tersedia di negara tersebut.
BACA JUGA :   Tips untuk Membantu Bayi Tidur Nyenyak Sepanjang Malam

Kewaspadaan dan Kesedaran

  • Peta Alamat & sumber Kecemasan – Simpan peta dan alamat penting seperti kedutaan atau hospital terdekat. Ini akan memudahkan anda dalam situasi kecemasan.  Anda juga perlu tahu setiap nombor telefon kecemasan dan lokasi pusat maklumat pelancong di destinasi anda. Ini penting untuk menangani situasi kecemasan dengan cepat.

Komunikasi Keluarga dan Rakan

  • Maklumkan kepada orang terdekat – Beritahu keluarga atau rakan mengenai rancangan perjalanan anda dan maklumat hubungan anda di destinasi. Ini akan membantu mereka menghubungi anda jika perlu dan memberi mereka ketenangan fikiran.

Pemantauan Cuaca

  • Cuaca – Semak ramalan cuaca untuk destinasi anda dan sesuaikan pakaian dan aktiviti. Ini akan membantu anda bersedia menghadapi keadaan cuaca yang tidak dijangka.

Semoga info ini dapat memberi manfaat untuk anda yang pertama kali nak travel, Supaya anda akan lebih bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan dan dapat menikmati perjalanan dengan lebih tenang.

Selamat bercuti , Have Fun !

NAK STUDY OVERSEA TAPI NAK YANG DEKAT JE? INDONESIA NEGARA PILIHAN ANDA! 

INTAKE 2025 DAH BUKA BERMULA DARI SEKARANG!

ANDA LEPASAN SPM, IGCSE, OLEVEL,MATRIKULASI, ASASI SETARAF? HUBUNGI
KAMI SEGERA UNTUK KONSULTASI !

Customer Services: 018-9624322

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here