Dalam dunia pemakanan, banyak makanan yang dilabel sebagai “tidak sihat” kerana kandungan kalori, lemak atau gula yang tinggi. Namun, tidak semua makanan yang dianggap tidak sihat sebenarnya tidak baik untuk kesihatan. Berikut adalah beberapa makanan yang sering disalah anggap tetapi sebenarnya memberikan manfaat kesihatan jika diambil dengan betul.

Coklat Gelap (Dark Chocolate)

Ramai menganggap coklat sebagai makanan tinggi gula dan kalori. Namun, coklat gelap (dark chocolate) dengan kandungan koko 70% ke atas kaya dengan antioksidan, magnesium dan flavonoid yang baik untuk kesihatan jantung dan otak. Ia juga boleh membantu mengurangkan tekanan darah dan meningkatkan mood.

 

Kopi

Kopi sering dikaitkan dengan dehidrasi dan masalah tidur tetapi jika diambil dalam kuantiti sederhana, ia sebenarnya boleh meningkatkan fokus, tenaga dan metabolisme. Kopi juga mengandungi antioksidan yang boleh membantu mengurangkan risiko penyakit seperti Parkinson dan Alzheimer.

Mentega Kacang

Walaupun tinggi kalori dan lemak, mentega kacang asli tanpa tambahan gula atau minyak terhidrogenasi adalah sumber protein, serat dan lemak sihat yang baik. Ia boleh mengekalkan rasa kenyang lebih lama dan meningkatkan kesihatan jantung.

 

Kuning Telur

Telur sering dikaitkan dengan kolesterol tinggi tetapi sebenarnya kuning telur kaya dengan nutrien penting seperti kolin, vitamin D dan antioksidan lutein. Kajian juga menunjukkan bahawa telur tidak meningkatkan risiko penyakit jantung jika diambil dalam jumlah sederhana.

 

Keju

Keju sering dilabel teruk kerana kandungan lemak tepu dan garamnya. Namun, ia juga kaya dengan protein, kalsium dan probiotik yang baik untuk kesihatan tulang dan sistem pencernaan. Pilih keju yang kurang diproses seperti feta, cheddar atau mozzarella untuk manfaat yang lebih baik.

 

Bertih jagung (popcorn)

Bertih jagung yang diproses dengan mentega dan garam berlebihan memang tidak sihat, tetapi bertih jagung asli tanpa tambahan perisa adalah snek tinggi serat dan rendah kalori. Ia boleh membantu mengkekalkan berat badan dan memberikan rasa kenyang lebih lama.

 

Nasi Putih

Nasi putih sering dianggap penyebab kenaikan berat badan kerana indeks glisemik yang tinggi. Namun, jika dimakan dalam jumlah yang terkawal dan sebagai sebahagian daripada diet seimbang, nasi putih boleh menjadi sumber tenaga yang baik terutama bagi mereka yang aktif bersenam.

 

Kini anda sudah tahu tidak semua makanan yang dianggap sebagai “tidak sihat” sebenarnya buruk untuk anda. Kuncinya adalah pengambilan dalam jumlah sederhana dan memilih versi yang lebih sihat. Anda boleh menikmati makanan kegemaran anda dengan pemahaman dan kuantiti yang betul tanpa rasa bersalah!

Nak jadi doktor bertaraf antarabangsa? Jom sambung belajar medic di Volgograd State Medical University Rusia!

Daulah Educonsult adalah konsultan yang membantu dan menguruskan pelajar yang bercita-cita untuk melanjutkan pelajaran di luar negara. Mereka berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam pengurusan ini. Dah ramai pelajar yang berjaya capai cita-cita mereka di negara Rusia, Indonesia, Poland, Bangladesh dan Poland. Jom dapatkan konsultasi secara percuma. Hubungi mereka sekarang.

Layari website:
www.daulahmedic.com

https://wa.me/601114307825 (Consultant Farhana)
https://wa.me/60189624322 (Customer Service)

Anda juga boleh isi borang pra permohonan secara online disini: https://forms.fillout.com/t/tyDB9jw5imus

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here