Ramai yang lebih selesa bila tidur dalam keadaan gelap, tetapi ada juga yang terbiasa tidur dengan keadaan terang atau lampu menyala. Tahukah anda bahawa tidur dalam gelap sebenarnya lebih baik untuk kesihatan? Jom ketahui sebab-sebabnya!
-
Dapat Menghasilkan Hormon Tidur Melatonin
Cahaya, terutamanya cahaya biru daripada lampu atau skrin elektronik boleh mengganggu penghasilan melatonin iaitu hormon yang mengawal tidur kita. Bila melatonin kurang, selalunya kita mungkin susah tidur atau mengalami tidur yang tidak nyenyak.
2. Meningkatkan Kualiti Tidur
Apabila kita tidur dalam keadaan gelap, akan membantu otak dan badan lebih cepat masuk ke dalam fasa deep sleep. Ini sangat penting untuk pemulihan badan dan minda supaya apabila kita bangun keesokannya kita akan rasa lebih segar dan bertenaga.
3. Mengurangkan Risiko Masalah Kesihatan
Terdapat kajian menunjukkan bahawa tidur dalam keadaan terang boleh meningkatkan risiko penyakit seperti obesiti, diabetes, tekanan darah tinggi dan kanser. Ini kerana cahaya boleh mengganggu ritma sirkadiam (jam biologi badan) yang mengawal metabolisme dan hormon badan.
4. Membantu Mengurangkan Tekanan
Cahaya boleh merangsang otak untuk terus aktif walaupun kita cuba tidur. Jika otak tidak dapat berehat sepenuhnya, ia boleh menyebabkan tekanan bertambah. Tidur dalam gelap membantu otak lebih relaks dan mengurangkan stres.
5. Melindungi Kesihatan Mata
Tidur dengan lampu menyala boleh memberi tekanan kepada mata, menyebabkan mata cepat letih, kering dan mudah mengalami masalah penglihatan dalam jangka panjang.
6. Menyelaraskan Jam Biologi Badan
Tubuh badan kita mempunyai jam biologi semula jadi yang mengawal kitaran tidur dan bangun. Bila kita tidur dalam gelap, badan lebih mudah mengenal pasti waktu rehat seterusnya membantu kita bangun dengan lebih segar pada waktu pagi.
Kalau anda masih tidur dengan keadan terang dan lampu menyala, cuba biasakan diri untuk tidur dalam gelap secara berperingkat. Gunakan lampu malam yang malap jika perlu atau pakai penutup mata sleep mask untuk membiasakan diri. Kesihatan anda akan lebih terjamin dan anda akan rasa lebih segar setiap pagi!
Tips bonus, matikan skrin telefon dan komputer sekurang-kurangnya 30 minit sebelum tidur.
Jadi, anda tidur dengan lampu menyala atau tutup lampu? Yang mana terbiasa dengan lampu menyala, cuba anda mulakan hari ini? Selamat mencuba!
Nak jadi doktor bertaraf antarabangsa? Jom sambung belajar medic di Volgograd State Medical University Rusia!
Daulah Educonsult adalah konsultan yang membantu dan menguruskan pelajar yang bercita-cita untuk melanjutkan pelajaran di luar negara. Mereka berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam pengurusan ini. Dah ramai pelajar yang berjaya capai cita-cita mereka di negara Rusia, Indonesia, Poland, Bangladesh dan Poland. Jom dapatkan konsultasi secara percuma. Hubungi mereka sekarang.
Layari website:
www.daulahmedic.com
https://wa.me/601114307825 (Consultant Farhana)
https://wa.me/60189624322 (Customer Service)
Anda juga boleh isi borang pra permohonan secara online disini: https://forms.fillout.com/t/tyDB9jw5imus