Bidang pergigian semakin menjadi pilihan pelajar Malaysia yang bercita-cita menjadi Doktor Gigi bertauliah. Bukan saja kerana kualiti pengajian yang baik, malah faktor kos, suasana pembelajaran dan peluang kerjaya turut jadi tarikan utama. Jom ketahui 5 fakta menarik kenapa belajar pergigian di Indonesia makin popular!

Universiti Diiktiraf & Berkualiti

Indonesia mempunyai beberapa universiti pergigian terkemuka yang diiktiraf di peringkat antarabangsa dan di Malaysia. Antaranya Universitas Airlangga (UNAIR), Universitas Gadjad Mada (UGM), Universitas Padjadjaran dan Universitas Sumatera Utara yang terkenal dengan fakulti pergigian bertaraf tinggi dan pensyarah berpengalaman.

Kos Pengajian Lebih Berpatutan

Kos belajar pergigian di Indonesia secara purata lebih rendah berbanding negara lain atau kos di universiti swasta tempatan. Ini memberi peluang kepada ramai pelajar untuk mengejar cita-cita tanpa beban dengan kos sara hidup dan yuran yang tinggi.

Modul Belajar Sama Taraf

Sistem pembelajaran dan modul pergigian di Indonesia mengikut standard antarabangsa. Dari teori, praktikal, latihan klinikal hingga ke latihan industri. Ini membolehkan graduan lebih bersedia untuk mendaftar sebagai doktor gigi berdaftar setelah pulang ke Malaysia.

Persekitaran Mesra Pelajar Malaysia

Kebanyakan universiti di Indonesia mempunyai komuniti pelajar Malaysia yang aktif, asrama yang selesa dan persekitaran yang sesuai untuk belajar. Budaya yang hampir sama dan bahasa yang mudah difahami juga memudahkan pelajar untuk menyesuaikan diri.

Peluang Kerjaya Terbuka Luas

Graduan pergigian dari Indonesia ramai yang berjaya pulang ke Malaysia dan mendaftar di MDC (Malaysian Dental Council). Dengan permintaan doktor gigi yang semakin meningkat, bidang ini menjadi pilihan stabil dengan prospek kerjaya yang cerah.

Kalau anak anda bercita-cita jadi Doktor Gigi, Indonesia adalah antara pilihan terbaik yang patut dipertimbangkan. Yuran lebih  berpatutan, universiti berkualiti dan peluang kerjaya yang baik menjadikan pergigian di Indonesia pilihan bijak!

Hubungi Konsultan Pendidikan Daulah Educonsult hari ini untuk dapatkan maklumat terkini pendaftaran bidang pergigian di Indonesia.

Daulah Educonsult berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam menguruskan pelajar yang berminat untuk sambung belajar peringkat tinggi di luar negara. Anda boleh dapatkan sesi konsultasi secara percuma bersama Daulah Educonsult. Dalam sesi tersebut, mereka akan bincangkan tentang syarat kelayakan, maklumat universiti, pengurusan kewangan dan juga laluan kerjaya anak anda. Tidak lupa juga mereka akan uruskan dari A hingga Z sampai pelajar tiba di Universiti dan akan berhubung sehingga pelajar tamat belajar.

Anda boleh berhubung dengan konsultan Daulah Educonsult melalui link tersebut:

> https://apply.daulahmedic.com/indonesia-farhana

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here