Setiap tahun, ribuan pelajar Malaysia yang cemerlang dalam SPM dan STPM mengimpikan tempat di institusi pengajian tinggi awam (IPTA), terutamanya dalam bidang seperti perubatan, pergigian, farmasi dan veterinar. Namun, realitinya tempat di dalam IPTA adalah terhad dan persaingan sangat sengit. Ramai yang kecewa apabila tidak mendapat tawaran walaupun memiliki kelayakan akademik yang kukuh.

Tapi adakah itu penghujung jalan untuk kuburkan impian? Mestilah Tidak.

Alternatif: Sambung Belajar di Luar Negara

Bagi pelajar yang beriltizam tinggi untuk mengejar impian dalam bidang sains kesihatan, sambung belajar di luar negara merupakan pilihan yang semakin relevan dan praktikal. Antara negara yang kini menjadi pilihan pelajar Malaysia termasuk Indonesia dan Rusia – dua destinasi pendidikan yang menawarkan program berkualiti, kos yang berpatutan serta pengiktirafan yang diiktiraf oleh agensi profesional.

Kenapa Pilih Indonesia?

  1. Bahasa Pengantar: Bahasa Indonesia tidak jauh beza dengan Bahasa Melayu jadi memudahkan pelajar Malaysia menyesuaikan diri.
  2. Kurikulum Berorientasi Praktikal: Universiti di Indonesia menekankan latihan klinikal dan praktikal yang berstruktur.
  3. Jarak & Budaya: Lebih dekat dari segi geografi dan budaya. Sesuai untuk pelajar yang pertama kali belajar di luar negara.
  4. Pengiktirafan: Banyak universiti diiktiraf oleh MQA, MMC, MDC, MVC dan LFM.

Contoh universiti popular:

  • Universitas Airlangga (UNAIR)
  • Universitas Gadjah Mada (UGM)
  • Universitas Padjadjaran (UNPAD)
  • Universitas Sumatera Utara (USU)

Kenapa Pilih Rusia?

  1. Universiti Bertaraf Dunia: Rusia mempunyai sejarah panjang dalam bidang perubatan serta universiti bertaraf antarabangsa.
  2. Kos Pengajian Kompetitif: Jauh lebih rendah berbanding negara Eropah Barat tetapi tetap menawarkan standard tinggi.
  3. Program dalam Bahasa Inggeris: Banyak universiti menawarkan program perubatan dalam Bahasa Inggeris khas untuk pelajar antarabangsa.
  4. Peluang Pendedahan Global: Belajar di Rusia memberikan pendedahan antarabangsa dan peluang membina jaringan profesional yang luas.
  5. Pengiktirafan: Ada beberapa universiti yang memang diiktiraf penuh oleh MQA, MMC, WHO dan global.

Contoh universiti pilihan:

  • Kursk State Medical University (KSMU)
  • Volgograd State Medical University (VSMU)
  • I.M Sechenov First Moscow State Medical University

Gagal mendapat tempat di IPTA bukan bermakna impian anda untuk bergelar doktor, ahli farmasi, doktor gigi atau doktor haiwan berakhir. Dengan perancangan yang betul dan maklumat yang tepat, anda boleh meneruskan pengajian di luar negara dan mencapai cita-cita anda.

Jika anda perlukan panduan lanjut, konsultasi percuma atau maklumat universiti luar negara, hubungi Daulah Educonsult. Mereka sedia membantu.

Daulah Educonsult berpengalaman lebih dari 10 tahun menguruskan pelajar yang berminat untuk sambung belajar luar negara.

Anda boleh berhubung dengan konsultan Daulah Educonsult melalui link tersebut:

Medic di Rusia > https://apply.daulahmedic.com/medic-rusia-farhana

Medic di Indonesia > https://apply.daulahmedic.com/indonesia-farhana

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here