Mengisi borang permohonan untuk sambung belajar ke luar negara nampak mudah, tapi hakikatnya banyak pelajar (dan ibu bapa) terlepas pandang perkara penting yang akhirnya melambatkan proses atau lebih teruk, permohonan ditolak.

Berikut adalah 5 kesilapan biasa yang sering berlaku – dan bagaimana anda boleh elakkan daripada mengulanginya:

1. Guna Dokumen yang Tak Lengkap atau Tak Sah

Ramai pelajar hantar permohonan dengan dokumen tak lengkap, tak sah atau kualiti salinan yang terlalu kabur.

Contoh kesilapan:

  • Salinan passport tak jelas / tamat tempoh
  • Guna sijil percubaan SPM/IGCSE (sedangkan yang diperlukan ialah result rasmi)
  • Tak sertakan surat sokongan / personal statement jika diminta

Cara elakkan: 

✔️ Sediakan senarai semak dokumen sebelum mula isi
✔️
Minta semakan dari konsultan / wakil universiti sebelum hantar

2. Salah Pilih Program atau Kursus

Ada pelajar pilih kursus berdasarkan nama yang nampak menarik, tanpa faham kandungan sebenar atau laluan kerjaya selepas tamat pengajian.

Contoh kesilapan:

  • Mohon “Biomedical Science” tapi sebenarnya minat “Medicine”
  • Ambil program tak diiktiraf oleh badan profesional di Malaysia

Cara elakkan:

✔️ Fahami nama kursus dan semak silibus terlebih dahulu
✔️ Pastikan kursus itu diiktiraf oleh MMC / MQA / Lembaga profesional jika perlu

3. Tersilap Isi Maklumat Dalam Borang Permohonan

Kesalahan kecil seperti ejaan nama, tarikh lahir atau nombor passport boleh memberi kesan besar kepada proses visa dan pendaftaran.

Contoh kesilapan:

  • Ejaan nama tak sama seperti dalam passport
  • Masukkan alamat e-mel yang tidak aktif
  • Salah pilih intake/tahun pengajian

Cara elakkan:

✔️ Semak dua tiga kali sebelum hantar
✔️ Minta orang kedua (guru/konsultan) semak juga

4. Lewat Hantar Permohonan

Ramai pelajar bertangguh dan hanya mula isi borang selepas tarikh tutup hampir tiba. Ini boleh menyebabkan anda terlepas tempat, biasiswa, atau slot asrama.

Cara elakkan:

✔️ Rancang awal sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum tarikh pengajian
✔️ Faham tarikh penting setiap universiti dan negara (tarikh tutup, visa, pembayaran)

5. Tak Minta Bantuan atau Rujukan

Ada pelajar dan ibu bapa cuba buat semua sendiri walaupun tidak biasa dengan proses, lalu menyebabkan banyak kesilapan teknikal.

Cara elakkan:

✔️ Dapatkan bimbingan daripada agensi berdaftar atau wakil rasmi universiti
✔️ Hadiri taklimat atau sesi konsultasi percuma sebelum isi borang

Permohonan ke luar negara bukan sekadar isi borang – ia adalah permulaan kepada perjalanan yang besar. Jangan biarkan kesilapan kecil merosakkan peluang besar. Rancang awal, semak maklumat dengan teliti, dan jangan takut untuk minta bantuan.

Daulah Educonsult berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam menguruskan pelajar yang berminat untuk sambung belajar peringkat tinggi di luar negara. Anda boleh dapatkan sesi konsultasi secara percuma bersama Daulah Educonsult. Dalam sesi tersebut, mereka akan bincangkan tentang syarat kelayakan, maklumat universiti, pengurusan kewangan dan juga laluan kerjaya anak anda. Tidak lupa juga mereka akan uruskan dari A hingga Z sampai pelajar tiba di Universiti dan akan berhubung sehingga pelajar tamat belajar.

https://wa.me/601123643224 (konsultan sarah)
https://wa.me/601123643224 (konsultan sarah)
https://wa.me/601123643224 (konsultan sarah)

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here