Dulu, ramai pelajar berlumba-luma untuk memasuki bidang perubatan atau pergigian, Namun kini, semakin ramai pelajar mula membuka mata terhadap bidang veterinar terutamanya di Indonesia, yang muncul sebagai destinasi pendidikan dan semakin mendapat tempat di hati pelajar Malaysia. Tapi, apa yang menyebabkan lonjakan minat ini?

  1. Permintaan Tinggi Terhadap Profesional Veterinar

Permintaan terhadap doktor haiwan semakin lama semakin meningkat. Ini tandanya ramai orang yang semakin sedar tentang kebajikan haiwan. Veterinar bukanlah berkaitan klinik haiwan peliharaan sahaja, malah dalam industri penternakan, makanan, biosekuriti juga mendapat permintaan tinggi pada zaman kini. Di Malaysia, untuk bidang veterinar hanya ada dua buah universiti sahaja yang menawarkan program Veterinar yang diiktiraf iaitu Universiti Putra Malaysia (UPM) dan juga Universiti Malaysia Kelantan (UMK). Oleh itu, ramai pelajar tidak mendapat tempat di dalam negara. Indonesia  pula mempunyai populasi dan sektor pertanian yang besar, banyak menawarkan peluang praktikal dan pendedahan yang luas kepada pelajar dalam bidang ini.

2. Lokasi Strategik dan Kos Sara Hidup yang Rendah

Bagi pelajar Malaysia, Indonesia merupakan pilihan yang dekat dari segi geografi dan budaya. Tiket penerbangan lebih murah, waktu tidak berbeza jauh dan makanan halal mudah didapati. Tambahan pula, kos pengajian dan kos sara hidup di Indonesia jauh lebih rendah berbanding negara-negara barat seperti UK atau Australia. Ini menjadikan Indonesia sebagai pilihan yang mesra bajet untuk pelajar dan ibu bapa.

3. Fakulti Veterinar Berkualiti dan Diiktiraf

Universiti di Indonesia seperti Institut Pertanian Bogor (IPB), Universitas Airlangga dan Universitas Gadjah Mada (UGM) terkenal dengan program veterinar yang mantap dan berakreditasi tinggi. Mereka mempunyai fasiliti canggih, hospital haiwan universiti dan hubungan erat dengan industri. Pelajar juga akan didedahkan dengan pelbagai spesies haiwan dan penyakit tropika. Satu kelebihan besar dari segi pengalaman praktikal.

4. Peluang Kerjaya yang Luas Selepas Graduasi

Graduan veterinar bukan sahaja terhad kepada klinik haiwan, mereka boleh bekerja dalam:

  • Industri penternakan dan ladang ternakan komersial
  • Pemeriksaan makanan dan keselamatan awam (contoh di Jabatan Perkhidmatan Veterinar)
  • Pusat penyelidikan haiwan dan zoonosis
  • NGO atau organisasi kebajukan haiwan
  • Syarikat farmaseutikal dan makanan haiwan

Bidang ini juga membolehkan seseorang menyambung kepakaran dalam patologi haiwan, perubatan eksotik atau pengurusan kesihatan ternakan.

Ramai pelajar kini mencari kerjaya yang selari dengan minat dan nilai peribadi. Bagi mereka yang penyayang dan prihatin terhadap haiwan, menjadi doktor veterinar bukan sekadar kerja. Ia adalah panggilan jiwa. Menyembuhkan haiwa, menjaga kesihatan komuniti ternakan dan mencegah wabak zoonotik seperti rabies memberi impak besar kepada masyarakat.

Jika anda berminat dalam bidang veterinar dan sedang mencari tempat belajar yang berkualiti, dekat dan  berpatutan, Indonesia adalah salah satu destinasi yang semakin relevan dan ideal. Peluang yang ditawarkan bukan sahaja akademik tetapi juga pengalaman hidup yang luas dan bermakna.

Daulah Educonsult berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam menguruskan pelajar yang berminat untuk sambung belajar peringkat tinggi di luar negara. Anda boleh dapatkan sesi konsultasi secara percuma bersama Daulah Educonsult. Dalam sesi tersebut, mereka akan bincangkan tentang syarat kelayakan, maklumat universiti, pengurusan kewangan dan juga laluan kerjaya anak anda. Tidak lupa juga mereka akan uruskan dari A hingga Z sampai pelajar tiba di Universiti dan akan berhubung sehingga pelajar tamat belajar.

Anda boleh berhubung dengan konsultan Daulah Educonsult melalui link tersebut:

> https://apply.daulahmedic.com/indonesia-farhana

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here