Ramai pelajar selalu terlepas pandang tentang pentingnya daftar awal bila nak sambung belajar, terutamanya di luar negara. Ada yang rasa “tak apa, daftar nanti pun boleh”, tapi sebenarnya langkah kecil ini boleh bagi kesan besar pada perjalanan pendidikan anda.

Kenapa daftar awal itu penting?

  1. Pilihan universiti lebih banyak

Lagi awal anda daftar, lagi banyak pilihan universiti yang terbuka. Tempat di universiti popular cepat penuh, jadi daftar awal bermakna anda mempunyai peluang lebih besarĀ  untuk dapat kursus & negara yang anda idamkan.

2. Urus dokumen tanpa kelam kabut

Proses permohonan ke luar negara melibatkan banyak dokumenĀ  seperti transkrip, sijil, visa, insurans dan lain-lain. Bila daftar awal, anda ada cukup masa untuk lengkapkan semua syarat tanpa tekanan.

3. Kos lebih terkawal

Tiket penerbangan, yuran pendaftaran dan kos persiapan biasanya lebih murah bila diurus awal, Bayangkan kalau beli tiket last minute, confirm harga melambung.

4. Kurang risiko terlepas intake

Intake universiti luar negara tak sama seperti di Malaysia. Ada yang setahun sekali, ada juga dua kali. Kalau lambat daftar, anda mungkin terpaksa tunggu intake seterusnya. Rugi masa setahun.

Daftar awal bukan sekadar formaliti. Ia sebenarnya strategi bijak untuk jimat masa, elak stress dan kurangkan kos dan boleh rancang kewangan. Jadi, kalau anda ada impian nak sambung belajar di luar negara, mulakan langkah hari ini. Lagi cepat anda daftar, lagi tenang perjalanan akademik anda nanti.

Bagi anda yang berminat atau bercita-cita untuk sambung pengajian di luar negara tapi tak tahu nak mulakan bagaimana? Anda boleh berhubung terus dengan Daulah Educonsult.

Daulah Educonsult adalah konsultan yang menguruskan pendaftaran pelajar untuk penempatan di universiti luar negara. Pelbagai bidang dan universiti diiktiraf yang diuruskan oleh mereka. Boleh lihat disini www.daulahmedic.com .

Untuk pendaftaran lanjut ke universiti, boleh buat permohonan disini

https://apply.daulahmedic.com/general-studyabroad-mp

https://apply.daulahmedic.com/general-studyabroad-mp

https://apply.daulahmedic.com/general-studyabroad-mp

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here