Dalam dunia yang semakin berubah dengan kemajuan teknologi, ramai pelajar dan ibu bapa tertanya-tanya “adakah kerjaya veterinar masih relevan ada masa depan?”. Dengan wujudnya automasi, kecerdasan buatan (AI) dan kepelbagaian bidang kerjaya baharu, soalan ini sangat wajar. Namun, hakikatnya bidang veterinar kekal sebagai salah satu kerjaya yang mempunyai potensi jangka panjang dan boleh dianggap sebagai “future-proof”.

  1. Permintaan Global yang Konsisten

Haiwan sentiasa menjadi sebahagian daripada kehidupan manusia, sama ada sebagai haiwan peliharaan, ternakan ataupun dalam bidang penyelidikan. Pertumbuhan populasi haiwan peliharaan dan keperluan terhadap industri penternakan menjadikan permintaan terhadap pakar veterinar sentiasa meningkat. Kajian juga menunjukkan pasaran perkhidmatan veterinar dinagka terus berkembang selaras dengan kesedaran masyarakat tentang kesihatan haiwan.

2. Sumbangan kepada Kesihatan Awam

Bidang veterinar bukan hanya tentang merawat kucing atau anjing. Veterinar juga memainkan peranan penting dalam kesihatan awam seperti mengawal penyakit zoonotik (penyakit yang boleh berjangkit daripada haiwan kepada manusia) contoh paling jelas ialah rabies, avian influenza dan COVID-19 yang dipercayai berpunca daripada haiwan. Ini menjadikan profesion veterinar kritikal untuk keselamatan manusia sejagat.

3. Kemajuan Teknologi yang Membantu, Bukan Menggatikan

Waluapun teknologi seperit AI dan mesin diagnostik semakin canggih, ia lebih berfungsi sebagai alat sokongan untuk mempercepatkan diagnosis dan rawatan. Sentuhan kemanusiaan, kepakaran klinikal serta empati terhadap haiwan tidak boleh digantikan oleh mesin. Veterinar masa depan malah akan lebih berkesan kerana mereka dibantuk oleh teknologi, bukan digantikan.

Selain itu, teknologi seperti AI dan robotik semakin maju, tetapi bidang veterinar sukar digantikan sepenuhnya kerana:

  • Rawatan klinikal memerlukan sentuhan manusia. Tidak semua prosedur boleh dibuat oleh mesin.
  • Pemerhatian klinikal & komunikasi dengan pemilih haiwan memerlukan empati dan pertimbangan manusia.
  • Keputusan kritikal dalam pembedahan atau diagnosis tetap memerlukan kepakaran manusia.

4. Peluang Kepelbagaian Kerjaya

Graduan veterinar bukan sahaja boleh bekerja di klinik haiwan. Antara bidang lain yang terbuka luas ialah:

  • Industri penternakan & makanan – memastikan keselamatan makanan daripada sumber haiwan.
  • Penyelidikan bioperubatan – menyumbang kepada pembangunan ubat-ubatan dan vaksin
  • Polisi & pentadbiran awam – membantu merangka dasar berkaitan kesihatan haiwan dan manusia
  • Industri farmaseutikal & bioteknologi – terlibat dalam inovasi produk kesihatan haiwan

Kepelbagaian ini menjadikan graduan veterinar fleksibel dalam menyesuaikan diri dengan perubatan pasaran kerja.

5. Profesion dengan Nilai Kemanusiaan Tinggi

Selain aspek ekonomi, kerjaya ini juga memberi kepuasan dari segi emosi dan sosial. Veterinar membantu menjaga kebajikan haiwan, menyokong komuninti penternak dan pada masa yang sama memainkan peranan dalam menjaga ekosistem. Nilai kemanusiaan inilah yang menjadikan bidang ini sentiasa relevan dan dihormati.

Selagi manusia memerlukan haiwan untuk makanan, penyelidikan, ekonomi dan persahabatan, profesion veterinar akan terus menjadi satu kerjaya future-proof. Dengan sokongan teknologi, profesion ini malah  akan menjadi lebih maju dan berpengaruh pada masa hadapan.

Jika anda seorang yang cintakan haiwan, berminat dengan sains dan mahu menyumbang kepada kesihatan sejagat, kerjaya veterinar mungkin pilihan untuk masa depan anda.

Daulah Educonsult adalah konsultan pendidikan yang berpengalaman membantu pelajar merealisasikan impian mereka dalam bidang sains kesihatan di luar negara. Pelbagai bidang dan universiti diiktiraf yang diuruskan oleh mereka. Boleh lihat disini www.daulahmedic.com

Untuk pendaftaran lanjut ke universiti, boleh buat permohonan disini

https://apply.daulahmedic.com/general-studyabroad-mp

https://apply.daulahmedic.com/general-studyabroad-mp

https://apply.daulahmedic.com/general-studyabroad-mp

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here