CIMB Bank Bhd sekali lagi dinobat sebagai Bank Runcit Terbaik di Malaysia, selepas sebelum ini CIMB juga mendapat gelaran terbaik tersebut. Anugerah tersebut diumumkan sempena majlis Anugerah Kecemerlangan Perbankan Asia dalam Perkhidmatan Runcit 2018, baru-baru ini.

 

Pelanggan di seluruh ASEAN sahaja dianggarkan sebanyak 13 juta. Perkhidmatan mereka sentiasa dinaik taraf agar menjadi pilihan pertama di seluruh ASEAN. Anugerah tersebut juga merupakan  anugerah dua tahun berturut-turut.

Pada majlis itu, CIMB Bank turut dianugerahkan sebagai Inisiatif Produktiviti, Kecekapan dan Automs Terbaik untuk tahun 2018.

cimb bank

Anugerah Perbankan Asia merupakan anugerah berprestij industri itu berikutan kriteria ketat untuk inovasi dalam kewangan runcit Asia Pasifik, Asia tengah, Asia Barat dan Afrika. Peneraju Bank Universal ASEAN , CIMB akan terus membuat inovasi dalam usaha memberikan kepuasan penawaran produk dan perkhidmatan terbaik kepada para pelanggan.

Dalam pada itu, pihak CIMB bank menzahirkan rasa kesyukuran menerusi anugerah diperolehi, yang mana usaha mereka mencerminkan tumpuan lebih mendalam di era digital untuk strategi T18 syarikat itu.

Sebagai permulaan mereka telah memperkenalkan CIMB Enhaced Virtual Assistant (EVA). Pada kali ini, CIMB dalam usaha menuju ke arah untuk menjadi bank pencabar digital dengan memanfaatkan kecerdasan (AI), data besar, sains data dan analisis untuk terus memberi keselesaan pengalaman kepada 13 juta pelanggan di seluruh ASEAN.

cimb bank

Sebelum ini CIMB menerima anugerah Bank Runcit terbaik di Malaysia serta Produk Perbankan Internet Terbaik Asia untuk penggunaan EVA semasa Anugerah Perbankan Asia 2017 yang mana syarikat itu turut menerima Emas bagi pengalaman Digital Terbaik pada Anugerah Kecemerlangan Pengalaman Pelanggan Asia 2017.

Selepas itu, fungsi EVA terus dipertingkatkan dengan keupayaan perbualan serta fungsi ‘spend analyser’ untuk membantu pelanggan membuat keputusan kewangan lebih bijak dan efektif.

cimb bank

CIMB juga merupakan bank pertama yang mendapat kelulusan sanbox kawal selia daripada Bank Negara Malaysia (BNM). Kemudahan elektronik Kenali-Pelanggan-Anda (e-KYC), kaedah elektronik dan tanpa menggunakan kertas bagi mengesahkan identiti pelanggan. Bakal menjadi pengganti paling berdaya maju bagi keperluan pengesahan bersemuka sedia ada dalam era dunia mudah alih.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here