Semua orang ada masalah ‘pelupa’ dalam menjalani kehidupan seharian. Ditambah dengan kesibukan ketika belajar mahupun di tempat kerja, memang kadang-kala manusia cenderung untuk mempunyai daya ingatan yang lemah.
Namun, tahukah anda kekuatan daya ingatan sebenarnya boleh dikawal ?
Kajian mendapati gaya hidup dan amalan pemakanan memainkan impak yang sangat besar terhadap daya ingatan manusia.
Justeru, di sini kami dedahkan 8 kaedah semulajadi yang anda boleh praktikkan untuk menguatkan daya ingatan anda :
#1. Kurangkan Mengambil Terlalu Banyak Gula
Banyak mengambil makanan bergula seringkali menjurus kepada pelbagai masalah kesihatan dan penyakit kronik termasuklah membuat otak menjadi lemah.
Pemakanan makanan bergula yang banyak juga akan mengakibatkan kandungan otak berkurang, terutamanya di bahagian yang menyimpan memori jangka pendek.
Justeru, kurangkanlah gula dalam makanan dan tambahkan manis dalam senyuman.
#2. Mengambil Suplemen Minyak Ikan
Minyak ikan sememangnya kaya dengan lemak asid omega-3 eicosapentaenoic acid (EPA) dan docosahexaenoic acid (DHA).
Lemak-lemak asid yang sihat ini sangat penting untuk kesihatan kerana ianya dapat menyihatkan otak di samping melegakan stress, kemurungan dan sakit jantung.
Kedua-dua DHA dan EPA turut berperanan menguatkan fungsi otak dengan ketara.
#3. Dapatkan Tidur Yang Cukup
Tidak mendapat tidur yang cukup akan membawa kepada daya ingatan yang lemah.
Tidur memainkan peranan penting ketika penyatuan daya ingatan, di mana memori jangka pendek dikuatkan dan dipindahkan kepada memori jangka panjang yang kekal sampai bila-bila.
Ramai pakar kesihatan menasihatkan agar orang dewasa mendapatkan waktu tidur sekurang-kurangnya 7-9 jam sehari.
#4. Kekalkan Berat Badan Yang Ideal
Memastikan badan yang sihat dengan berat badan yang ideal adalah sangat diperlukan dalam memastikan kondisi kesihatan yang bagus.
Berat badan berlebihan atau obesiti akan mengakibatkan perubahan kepada genetik yang berkait rapat dengan memori di dalam otak, sekali gus menjejaskan daya ingatan.
Obesiti juga membawa kepada keradangan insulin yang akan memberikan kesan negatif kepada otak.
#5. Sentiasa Latih Otak
Antara cara terbaik untuk melatih otak adalah bermain permainan mencabar minda untuk meningkatkan memori.
Contoh-contoh permainan termasuklah teka silangkata, tetris, hubungkan perkataan dan banyak lagi aplikasi yang boleh didapati di dalam telefon pintar.
Permainan sebegini dapat menguatkan memori jangka pendek, kemahiran menyelesaikan masalah, konsentrasi dan sebagainya.
#6. Dapatkan Banyak Vitamin D
Vitamin D adalah nutrient yang bagus kepada tubuh badan manusia.
Kekurangan vitamin D di dalam badan selalunya menjurus kepada penyakit otak seperti Alzheimer dan bermacam-macam lagi.
Lazimnya, kekurangan vitamin D banyak berlaku kepada individu di negara yang beriklim sejuk dan yang berkulit gelap. Oleh itu, sentiasa rujuk kepada doktor untuk mengetahui sama ada memerlukan suplemen vitamin D ataupun tidak.
#7. Banyakkan Bersenam
Tidak dinafikan, bersenam adalah baik untuk kesihatan fizikal dan mental.
Kajian mendapati bahawa bersenam banyak memberi manfaat kepada otak dan meningkatkan memori manusia tidak kira lah sama ada kanak-kanak mahupun orang dewasa.
Paling penting, bersenam akan meningkatkan perkembangan neuron, yang membuatkan otak menjadi sihat.
#8. Makan Makanan Yang Kaya Dengan Antioksidan
Mengamalkan pemakanan yang banyak khasiat antioksidan mampu menambahbaik kekuatan daya ingatan.
Khasiat antioksidan akan membantu mengurangkan keradangan di dalam badan. Anda boleh dapatkan antioksidan di dengan makan banyak buah-buahan, sayur-sayuran dan juga teh.
Semoga tips-tips ini dapat membantu anda.
Untuk tidak terlepas sebarang tips-tips kesihatan yang bermanfaat, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.
Berminat untuk iklan anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com