Destinasi eko-pelancongan yang melibatkan kelip-kelip kini amat jarang sekali untuk ditemui di negara kita.Menyaksikan cahaya kelip-kelip yang banyak pada waktu malam memang mengasyikkan. Banyak tempat-tempat di Malaysia yang jadi habitat kelip-kelip sekaligus jadi daya tarikan pengusaha pelancongan sebagai lokasi tumpuan para pelancong. Jom ketahui lokasi tempat utama untuk saksikan sendiri keajaiban serangga bercahaya lampu ini.

Tempat utama menjadi habitat kelip-kelip di Malaysia, kebiasaan dipinggiran sungai dan kawasan hutan.

#1. Kelip-Kelip Kampung Kuantan, Selangor

eko-pelanconganKelip Kelip Kampung Kuantan adalah antara lokasi kelip-kelip paling popular di Malaysia. Kampung Kuantan merupakan perkampungan yang dikelilingi pokok kelapa dan sawit. Jarak dari Kuala Lumpur kira-kira 56 km dan jika dari Selangor, jaraknya kurang dari 10 km. Spesis paling banyak di sini ialah ‘Pteroptyx tener’.

Anda akan meninjau dan menyaksikan kelip-kelip dengan sebuah sampan yang boleh muat sehingga 4 orang. Sewa bagi sebuah sampan dalam RM53. Lokasi ini terletak di Batang Berjuntai, Selangor dan waktu lawatan ialah pada jam 7.45 malam sehingga 10.30 malam.

eko-pelancongan

 

#2. Kelip-Kelip Kota Tinggi Firefly Park, Johor

eko-pelancongan

Lokasi yang seterusnya terletak di Jalan Kota Tinggi, 81900 Kota Tinggi, Johor. Terletak di tebing Sungai Johor atau Sungai Kota Tinggi. Pintu masuknya adalah kira-kira 3 km dari Kota Tinggi melalui Jalan Kota Tinggi dan seterusnya melalui Jalan Johor. Pengalaman melihat kelip kelip di sini juga menarik dengan menaiki bot menelusuri sungai.

Bayaran kira-kira RM20 sekepala dan anda akan dibawa mengelilingi dan menyaksikan cahaya kelip kelip dalam gelap tetapi menyeronokkan. Bagi yang nak menyaksikan kelip kelip secara berjalan kaki di sekitar taman, bayaran cuma RM10. Waktu yang sesuai untuk melihat kelip-kelip bermula jam 8 malam sehingga 10 malam. Terdapat juga restoran yang mensaljikan makanan yang enak-enak. Anda boleh menikmati makanan yang enak-enak di restoran Setelah menyaksikan kelip-kelip.

eko-pelancongan

 

#3. Kelip-Kelip Kampung Dew, Semanggol, Perak

eko-pelancongan

Lokasi ini letaknya di kawasan Simpang Ampat, Semanggol, Perak. Di sini terdapat jeti di mana anda akan di bawa menaiki sampan mengelilingi sungai. Anda berpeluang saksikan sekumpulan kelip-kelip berterbangan dalam kumpulan seolah-olah melihat cahaya lampu di pokok krismas pada malam hari. Suasana ini amat menarik dan memberikan 1001 pengalaman baru kepada anda. Setelah puas menyaksikan kelip-kelip, jangan lupa ssinggah makan di restoran yang terdapat di jeti. Anda oleh mencari lokasi ini di alamat kampong Dew, Simpang Empat, Semanggol, Perak dan waktu lawatan bermula jam 7 malam sehingga 11 malam.

eko-pelancongan

 

#4. Kelip-Kelip Sungai Nibong, Penangeko-pelancongan

Bagi yang tinggal di utara, kelip-kelip Sungai Nibong adalah destinasi yang sesuai anda kunjungi untuk melihat kelip-kelip pada waktu malam bercahaya dengan indah. Anda akan menelusuri Sungai Kerian yang dikelilingi tumbuhan paya bakau dan menjadi habitat serangga ini membiak. Jadi, kepada warga Kedah, Pulau Pinang, Perak, Perlis dan sebagainya anda boleh datang ke alamat Jalan Teluk Ipil, 14300 Nibong Tebal, Pulau Pinang.

eko-pelancongan

 

#5. Kelip-Kelip Klias Wetland, Sabah

eko-pelancongan

Lokasi menarik habitat kelip kelip ini terletak di Kota Klias iaitu kirakira 112 km dari Kota Kinabalu. Klias terletak di antara Beaufort dan Kuala Penyu. Anda boleh mendapatkan khidmat star cruise yang akan membawa anda menyaksikan kelip-kelip. Anda juga boleh datang dan merasai pengalaman ke lokasi ini menggunakan khidmat travel agent.

eko-pelancongan

 

#6. Kelip-Kelip Kota Belud

eko-pelancongan

Kelip-kelip Sungai Nanamun di Kota Belud ini merupakan daya tarikan yang baru dijumpai di Negeri Sabah. Anda boleh mendapatkan khidmat tour river cruise dan akan mengelilingi sekitar sungai ini selama lebih kurang 30 minit. Penduduk Sabah yang mahukan suasana dan melakukan aktiviti lain dari yang lain, boleh lah datang ke Kota Belud untuk melihat sendiri keindahan cahaya kelip-kelip.

eko-pelancongan

 

#7. Kelip-Kelip Kuala Linggi, Negeri Sembilan

eko-pelanconganTempat anda boleh saksikan kelip-kelip di Kuala Linggi ialah di Taman Lokan. Anda bolehlah mengikuti pakej-pakej yang boleh didapati sebaik saja anda tiba di lokasi. Lokasi ini juga ada habitat yang lain seperti burung, monyet, buaya dan lain-lain. Pakej-pakej menarik banyak disediakan oleh agensi tempatan dalam lawatan yang salah satunya termasuk  menyaksikan kelip-kelip di malam hari.

Anda yang mahu melihat keindahan cahaya kelip-kelip ini perlu mendengar dan patuhi arahan yang diberikan. Taklimat yang diberikan seperti wajib pakai life jaket paling utama demi keselamatan anda.

eko-pelanconganJika anda ingin menikmati keindahan alam dan memuliharaan hidupan kelip-kelip, anda perlu ikut beberapa syarat yang telah ditetapkan seperti berhati-hati dan pakai jeket keselamatan dengan sempurna ketika melihat kelip-kelip, tolang diam dan jangan menjerit atau bertepuk tangan.

Beri perhatian dan jangan sesekali menggunakan flash kamera ketika mengambil gambar kelip-kelip kerana mereka adalah serangga yang pemalu. Pastikan anda mempunyai sikap bertanggungjawab. Jangan sesekali buang sampah ke tempat tidak betul.

Ingat! mengambil gambar itu bagus tetapi mendapatkan ilmu pengetahuan itu lebih bagus.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Sumber:Findbulous Travel

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here