pahang

Kali ini kami ingin berkongsi kepada anda mengenai tempat-tempat yang menarik boleh dilawati apabila anda berkunjung ke Negeri Pahang. Negeri Pahang Darul Makmur ialah negeri yang kaya dengan tempat-tempat yang menarik dan sesuai untuk dilawati. Menariknya, Pahang kaya dengan khazanah buminya tersendiri.

Pahang mempunyai alam semula jadi yang cantik dan unik seperti tanah tinggi, hutan lipur, gunung, gua, tasik semulajadi, pantai dan juga pulau. Negeri ini juga kaya dengan kebudayaan dan makanan tradisi masyarakat tempatan.

pahang

Kami akan senaraikan kepada anda beberapa tempat menarik yang boleh anda kunjungi:

#1. Hutan Dan Taman Negara

Pahang merupakan destinasi paling popular eko-pelancongan di Semenanjung Malaysia. Kepada anda yang berminat dengan melakukan aktiviti pengembaraan dan cintai alam semula jadi, Taman Negara adalah tempat percutian yang mesti anda kunjungi. Di Taman Negara, anda boleh mengembara melihat binatang, herba, pokok dan juga mendaki Gunung Tahan, iaitu gunung tertinggi di semenanjung Malaysia.

 Antara tempat lain yang boleh anda lawati untuk melakukan aktiviti pengembaraan ialah Taman Rimba Kenong. Disini, anda boleh melihat berbagai-bagai keindahan semula jadi seperti gua batu kapur, burung dan ungas serta tumbuh-tumbuhan menarik seperti orkid liar. Selain itu, ada boleh ke Taman Negara Endau-Rompin yang kaya dengan berbagai spesis tumbuhan dan herba yang unik. Juga terdapat banyak hidupan liar seperti badak sumbu Sumatera, Binturung dan Ungka Tanga Putih.

pahang

#2. Pulau

Pahang mempunyai pulau percutian yang cantik dan terkenal di dalam kalangan pelancong di dalam mahupun diluar negara. Pulau Tioman merupakan salah satu destinasi percutian yang menarik dimana pantainya yang bersih, putih dan mempunyai pasir yang halus. Air lautnya jernih dan menjadikan ia lokasi snorkelling yang sangat popular. Jika anda inginkan percutian yang damai dan mempersonakan, rancanglah untuk bercuti ke Pulau Tioman.

Antara lain, percutian di Pantai Cherating. Pantai ini merupakan salah satu tempat menarik di Pahang yang sudah tidak perlu diperkenalkan lagi. Pantai yang cantik dengan pasir memutih, laut yang membiru dan pohon nyior melambai-lambai ini sentiasa menjadi tumpuan pelancong yang berkunjung ke Kuantan. Selain itu, terdapat juga pantai lain yang menjadi tumpuan pelancong, iaitu Pantai Teluk Cempedak, Pantai Batu Hitam, pantai Sungai Ular dan sebagainya.

 pahang

#3.  Air Terjun

Bagi peminat taman rekreasi dan hutan lipur, disini juga mempunyai banyak air terjun yang menarik untuk dikunjungi. Anda boleh melakukan aktiviti berkhemah atau menginap di chalet dan menikmati keindahan hutan lipur yang kaya dengan flora dan fauna.

Berikut ialah beberapa tempat air terjun yang menarik di Pahang dan menjadi tumpuan pelancong dan penduduk setempat untuk berkelah dan mandi-manda. Air Terjun Sungai Pandan, Kuantan. Kawasan ini mempunyai air terjun yang tinggi dan menarik dan sentiasa menjadi tumpuan pengunjung yang datang bercuti di Pahang.

Selain itu, Air Terjun Teladas, Maran. Suasana yang nyaman dan udara yang segar serta deruan air yang mengalir laju, merupakan tarikan semula jadi yang menarik perhatian pelancong datang ke sini. Banyak lagi lokasi air terjun  yang popular dan menarik di Negeri ini.

pahang

#4. Makanan Tradisi

Menjadi kemestian kepada anda, jika berkunjung ke Negeri Darul makmur ini merasai makanan yang sedap-sedap. Antara makanan tradisi yang terdapat di Negeri ini ialah, Gulai ikan Patin. Makanan ini sangat terkenal dan boleh didapati di daerah Temerloh, Jerantut dan Kuala Lipis. Ikan Patin biasanya dimasak asam tempoyak atau gulai lemak asam tempoyak. Selain itu, masakan tradisional yang biasa dihidangkan sewaktu majlis keraian atau kenduri iaitu opor daging.

pahang

Selain itu, makanan yang popular di Negeri Pahang yang mesti ada cuba ialah, lemang, ketupat, rending, kuih apam Baghdad, keropok lekor, keropok kering, keropok tradisional dan laksa Pahang.

#5. Gua

pahang

pelancongan, Jika anda sukakan melakukan aktiviti percutian yang agak lasak seperti merentas hutan dan meneroka keunikan gua, di sinilah tempat yang sesuai. Di Pahang terdapat gua-gua yang menarik menjadi tumpuan pelancong. Berikut kami senaraikan lokasi gua-gua yang menarik di Negeri Pahang.

Antaranya ialah Gua Kota Gelanggi, Gua Gunung Senyum, Gua Charah, Gua Bama, Gua kechil dan banyak lagi.

Daripada segi kebudayaan masyarakat di Pahang, Pahang mempunyai Tarian Gamelan. Tarian istana yang dipersembahkan ketika majlis pertabalan, majlis ulang tahun, majlis perkahwinan dan lain-lain dengan diiringi muzik tradisional. Selain itu, tarian zapin, iaitu tarian yang dipercayai berasal dari Tanah Ara. Rentaknya cepat dan boleh dipersembahkan ketika majlis keramaian dan majlis perkahwinan.

Jika anda mahu menghabiskan percutian dengan melancong ke tempat menarik di Pahang, anda perlu membuat perancangan teliti.

pahang

Sumber: Percutian Bajet

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk artikel atau iklan anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here